May 31, 2016

Sediakan Payung Sebelum Rumah | Setiap Isnin di Astro Oasis & Maya HD

Hai semua! Hmm mana nak mula ye. Okay macam ni. Nak bagitahu dan mengajak kalian semua untuk menonton program Sediakan Payung Sebelum Rumah yang akan mula bersiaran pada 7 Mac 2016 setiap hari Isnin pada pukul 7.30 petang di Astro Oasis ch106 dan Maya HD ch135. Drama bersiri 13 episod ini berkisarkan tentang perkongsian ilmu mengenai hartanah, belanjawan, cara mengukuhkan kewangan dan macam-macam lagi! Menariknya, melalui program ini juga kita boleh menerapkan segala macam ilmu asas mengenai cara pengurusan kewangan secara efektif dan inovatif.

Tuan Bri Pakar Hartanah.

Sediakan Payung Sebelum Rumah ini juga akan di hoskan oleh Pakar Hartanah yang terkenal iaitu Tuan Bri. Haa masa inilah kalian kena korek rahsia dan ilmu beliau sebab kalau nak pergi kelas hartanah beliau, kena bayar tau! So ambil peluang secara percuma ni dengan menonton program Sediakan Payung Sebelum Rumah okay! ;)


Selain itu juga, kalian boleh mengikuti dan mendalami dilema yang dihadapi oleh anak muda yang sedang berusaha meningkatkan nilai kualiti hidup iaitu Hariz (Ungku Hariz) , Sakhee (Sakhee Shamsuddin), Intan (Intan Liyana) dan juga Yaya (Hidayah Iqmal a.k.a Yaya Natsumi :p) dalam menjalani liku-liku kehidupan di bandar.


Sedikit gambaran mengenai watak Hariz yang selalu mementingkan kemewahan dan berbelanja tanpa meminta pendapat orang sekeliling menimbulkan banyak permasalahan kepada beliau.

Mahupun begitu, Sakhee yang merupakan sahabat baik Hariz sentiasa memberikan nasihat kepada Hariz melalui pengalaman dan pembacaan beliau mengenai isu semasa.


Intan pula yang merupakan "kaki shopping" , suka cakap lepas tetapi baik hati dan selalu membantu sahabatnya Yaya, mempunyai sifat suka berbelanja mewah dan akhirnya berdepan dengan kesukaran untuk mempunyai wang simpanan akibat dari sifat boros beliau.

Meskipun begitu, Yaya yang blur, kurang emosi dan pendengar setia kepada sahabat baiknya Intan, merupakan seorang yang pakar dalam bidang audit dan akaun. Beliau sentiasa menasihati dan membantu Intan dalam permasalahan beliau.

Dalam masa yang sama, keempat-empat watak diatas sedang sedaya upaya untuk membeli sebuah rumah sebagai aset untuk simpanan mereka pada masa akan datang. Berjayakah mereka? Jangan lupa tengok! ^_^


Sediakan Payung Sebelum Rumah akan bersiaran pada setiap hari Isnin pada pukul 7.30 petang mulai 7 Mac selama 13 episod di Astro Oasis dan Maya HD.


----------------------------------------------------

Giveaway #SediakanPayungSebelumRumah by Yaya Natsumi 

Caranya mudah sahaja :

1. Tonton Drama Sediakan Payung Sebelum Rumah pada hari Isnin 7.30petang di Astro Oasis ch106 dan Maya HD ch135

2. Snap salah satu scene dalam drama Sediakan Payung Sebelum Rumah

3. Upload di IG/FB dengan hashtag #SediakanPayungSebelumRumah dan #GiveawaySPSR

4. Like Facebook Page Sediakan Payung Sebelum Rumah

5. Pemenang akan diumumkan setiap minggu selama 13 episod program ini berlangsung. Yayy! ^_^

Jangan lupa follow instagram Yaya Natsumi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Giveaway ini okay!


Oleh kerana itu, korang wajib menonton Sediakan Payung Sebelum Rumah selama 13 episod ini tau! Setkan mode rekod siap-siap dan tekan butang R di remote Astro kalian untuk merekod program ini selama 13 episod. Lepas ni kalau lupa mengenai ilmu yang disampaikan, boleh ulang tengok semula. Best kan ^_^


Jangan lupa tengok kami tau! 



Terima kasih sudi baca 

11 comments:

  1. Tak sangka, selama ini berkawan dengan artis he...23x

    ReplyDelete
  2. next step ! heheehe tahniah yaya dah jadi pelakon... hehehe

    ReplyDelete
  3. TQ...DAPAT DAHHHH tudung yang cantikkkkks ;)

    ReplyDelete
  4. ruginya rasa x dpt nk follow citer ni. tambahplak kawan kita ada berlakon dalam tu. rumah kita tv 3 je ada siaran huhu. sedih x?

    ReplyDelete
  5. Tahnia Yaya Natsumi... broframestone brought me here..

    ReplyDelete
  6. Wah! First time kunjung kat sini. :) Tak kan lepaskan peluang tengok Yaya nanti. :)

    ReplyDelete
  7. rancangan ni mmg penuh informasi... dah layan bberapa episod... xsempat nak follow smua... huhuu

    ReplyDelete
  8. eh artis la..mcm cute pulak titlenya

    ReplyDelete