Oct 21, 2015

Yaya Natsumi di Harian Metro

Assalamualaikum semua 


Amboi ni kalau orang baca tajuk ni memang buat orang loya je kang cakap kita poyo ke lupa diri ke berlagok ke nauzubillah janganlah ye meh sayam ciked. Kalau Yaya macam tu cubit je Yaya ni. Huhu. Yaya cuma sekadar berkongsi pengalaman manis je. Izinkan saya ya? :')


Alhamdulillah pada 11 September 2015 Yaya diberi peluang oleh editor Harian Metro untuk disiarkan sedikit sebanyak perihal diri sebagai blogger. Dah lebih sebulan baru nak cerita sebab Yaya utamakan mana yang lebih utama dahulu. Menjirus pokok di koridor contohnya. :p


Apa-apa pun Yaya sangat berterima kasih kepada mereka yang banyak membantu Yaya dari awal pembabitan sehingga sekarang. Secara terbuka mahupun belakang tabir, terima kasih atas sokongan semua ya. Kalau boleh baca artikel di atas, banyak Yaya bebel dalam tu. Harap-harap jelas lah ya :')


Kalau nak tahu, surat khabar kat atas tu dah kedut seribu. Adik Yaya ingat surat khabar lama kat atas meja bilik lepas tu dia kedutkan jadi bola. Hahaha sayu betullah.


Buat masa sekarang Yaya mula nak perlahankan aktiviti berblog. Kurangkan aktiviti turun ke event atas sebab-sebab tertentu. In sya Allah ada rezeki dalam dunia blog, Yaya akan teruskan dengan sehabis daya cuma slowdown je bukan hilang terus doakan yang baik-baik ya :') . Alhamdulillah dari rezeki berblog juga Yaya dapat beli laptop, bayar hutang PTPTN, bayar petrol, tol, beli itu ini dan belanja family makan sedap. Hihi Alhamdulillah.


Semoga satu hari nanti semangat diri ini akan kembali berkobar-kobar sebab penulisan itu memang jiwa seorang Yaya Natsumi. Sehingga itu, Yaya akan sentiasa doakan rakan-rakan blogger yang lain berjaya dalam bidang masing-masing. Semoga ukhwah silaturahim sesama kita akan terus berkekalan sampai bila-bila. Aamiin ya rabb ^_^



Terima kasih sudi baca 

9 comments:

  1. alhamdulilah yaya....bila orang percaya pada kita,inshaAllah orang akan cari nanti... love u,btw tahniahhhhhhh! 1 dada akhbar haaaa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih sayang! :*

      Delete
  2. tahniah yaya. teruskn berblogging..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah. Terima kasih :)

      Delete
  3. Alhamdulillah.. selamat maju jaya.. (ayat budak sek sgt kan.. haha)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha comel je mommy dayyan ni! Tq! :)

      Delete
  4. Waaaa..terbaik yaya.. miss u. love u.

    ReplyDelete