Jun 25, 2011

Special Saturday #1

Time, it needs time
To win back your love again.
I will be there, I will be there.


Love, only love
Can bring back your love someday.
I will be there, I will be there.


Fight, babe, I'll fight
To win back your love again.
I will be there, I will be there.


Love, only love
Can break down the walls someday.
I will be there, I will be there.


If we'd go again
All the way from the start,
I would try to change
The things that killed our love.


Try, baby try
To trust in my love again.
I will be there, I will be there.


Love, your love
Just shouldn't be thrown away.
I will be there, I will be there.


Your pride has build a wall, so strong
That I can't get through.
Is there really no chance
To start once again?


If we'd go again
All the way from the start,
I would try to change
The things that killed our love.


Yes I've hurt your pride, and I know
What you've been through.
You should give me a chance
This can't be the end.


I'm still loving you.
I need your love.
I'm still loving you.
Still loving you, baby...


"Betullah kata orang. Orang seni berjiwa sensitif "


Jun 18, 2011

Ini normal bila lelaki dan perempuan cemburu.


When guys get jealous, it’s cute:



When girls get jealous, it’s just plain scary:



More on my tumblr



reblog via dlasuri. :)

Jun 17, 2011

Finally. Setelah begitu kosong.

Awak kite ada header baru dah. Ayeem ayam buat. Tapi bayar lah tau. Header ni sangat menepati citarasa gedik gedok yaya. Sesungguhnya yaya tahu ayeem mesti rasa nak lempang bila banyak sangat kerenah yaya nak itu nak ini tangan terkepak lebih la jari teruncing sangat lah. haha. Memang dia penyabar kot melayan peel pelanggan. So here, ayuh goyang2 kepala anda macam ni. Ke kiri ke kanan. Ke kiri dan ke kanan. *sambil kemam mulut.





*Masa mula2 dapat header ni yaya tergelak2 sampai berair mata. Gedik sangat kot header ni. hahadoyy

Jun 14, 2011

Meet them

Yang part lepas kalau rajin, cari sendiri eh. Ada tu kat entry lepas lepas. =3



Oh hai. Since minggu lepas sangat busy, weekend lepas juga sangat busy, hari ni juga sangat busy, now baru boleh hela nafas sikit. Hela selepas semalam kereta buat hal. Hela selepas semalam langgar divider depan. Hela selepas semalam selamba badak keluar parking tak tengok belakang. Sipi je wa cakap lu. Haih. Rasa macam lemau gila semalam. Penat gila semalam. Lesu gila semalam sampai jumpa Anis ex-roomate dia boleh ingat aku sakit. Tak sakit. Cuma entahlah. Sini rasa sesak. *pegang dada kiri




Tu semua hal semalam. Hal kelmarin dan hari ni sangat berjalan lancar dan membahagiakan. Alhamdulillah. Oh sabtu hari tu keluar celebrate birthday cousin yang sangat comel, baik, manja, gelak dia korang takkan jumpa kat mana mana sebab kalau dengar sure korang nak gelak sekali. hee.. Hari yang sangat 'pelangi'. Keluar bersama cousin 2 orang. Sebaya. Patutnya ada lagi sorang. Lokpi, tapi dia kerja ape tah cuti semester ni. (so memang sengaja nak buat entry jelouse untuk dia)


Time ni tunggu paiz datang dari sepang. Lama nau tunggu sampai aku feeling feeling maria elena. pfft. Asal aku asik buat muka pelik pelik tah sekarang. =.=



Ok ni senonoh sikit la ye dak.



Lepas amik paiz atau nak lebih glemer Danny X-Factor kat BTS, kitorang gerak pergi USJ amik Azie. Dia baru sampai dari JB. Then duduk rumah abang dia dulu aka abang sedara aku yang gila baban jugak lah. Hah dalam entry lepas tu, abang dialah tu. *aku ade mention ke eh? tah lupa.



Tapi oleh kerana birthday girl kita kena balik cepat kitorang keluar dekat dekat situ je. Destinasi pilihan ialah Sunway Piramid cuma. Hm lama gak tak pergi situ.. Last... ermm.. bila tah..




Sampai sampai nak carik parking je duk ulang alik atas bawah tempat parking tu nak dekat separuh 1 jam. Sampailah jumpa mamat melayu pegang aiskrim kat tangan. Hah ni sah nak balik dah ni. Dengan comelnya bibah pelan pelan ikut dia dari belakang sampai tempat parking dia. kahkah. lawak la gila bila ingat. Time tu dah pukul 2 ke 3 tah. pergh lapar gila. Azie nak makan sushi tapi aku dengan paiz tak reti makan sangat. Maklumlah orang kampung. Makan nasi panas, kicap dengan telur goyang pun aku on je. Tapi sekali sekala nak gak try sushi an. Dia kata Sushi Zanmai sedap. Ok jom lah.



Sampai sampai bapak ah ramai gila orang beratur. Kena tunggu orang kat dalam habis makan baru boleh masuk. Dah macam cerita korea dah. Playfull kiss tengok tak? Aku tengok tak habis2 lagi ni. Last part Baek Seung Jo kiss Oh Ha Ni dalam hujan. Ape mengenanya? T___T


Yang tengah tulah paiz. Yang kanan tu azie. Yang kiri tu minah senget. Tak clear eh muka dorang? Oh maaf.


Ok dah clear.



Oh yeah saya nak makan sushi. Oh yeah saya rasa bersemangat. haha. Sebenarnya aku ada pengalaman makan sushi tak sedap hingga membuatkan aku rasa trauma nak makan lagi. Tapi sejak sekarang, aku rasa sukaaaa sushi. Jom sape nak belanja? hikhik



Aloo ucuk2. Mana eh gambar kita berempat dengan Lokpi sekali. Korang simpan tak?





Minyak kat muka dah boleh buat goreng udang.


Ape kepolik bonar nama eh jangg?



Aku rasa aku langsung tak menyumbang dalam pemilihan menu. Terserah awak eh. Ittew telan je.. ngee



Oh yeah. aku tak boleh telan sangat. Paiz suka lah. Sushi salmon.



Wasabi kena gaul2 dengan kicap.



Hah ni memang terbaik wa suka gila. Nasi kepal pastu ada salad pastu ada mayonis pastu udang tempura goreng disalut dengan seaweed. Awak saya suka yang niii! XD



Nasi jugak pastu ada unsur telur dengan belut. Oklah.


Hai. Saya Rain.


Nilah yang paling terbaik. Daging tu rebus dalam sup sayur atas tu pastu nanti dah masak kita celup celup dalam telur mentah tu. Mula mula macam "Betul ke aku nak makan ni" sekali "Oh mann. Heaven in my mouth".


Yang belakang tu sushi ketam yang depan sushi sayur. Serius tak ingat nama2 manja diorang ni.



Api dah tutup maknanya makanan dah habis. Perut pun rasa macam ada ikan keli berenang renang. Maklumlah 1st time melantak sushi.


Aku rasa harga dia okay kalau nak compare dengan Sushi King. Tasty, cheap and affordable.



Lepas makan jalan2 pusing2 dalam sunway tu. Ingat nak cari hadiah untuk azie ni tapi semua macam dia tak berkenan je. Lain kali eh awak. Thanks belanja kitorang makan. :)


Aiskrim Green tea. Dia suka sangat green tea. Air pun sama. Aku dengan paiz tak berapa makan sangat sebab tawar nau. hihi. Tengok ah muka paiz tu. Kahkah


Ni je kau mampu yaya? Belanja 2 scoops aiskrim? Tapi rasa caramel dia sangat syahdu dan amat dicintai oleh sanubari. Last last aku gak yang balun sorang. wuu wuu T__T


Budak budaknye lahai bila bergambar depan cermin. =.=


Bila next? Lokpi belanja pulak. Dia banyak duit.




Okbai.

Jun 8, 2011

Wordless Wednesday #1



Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut. Biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan :)

More info about Wordless Wednesday, klik Wordless Wednesday's fan page or andyhowtt.com

Jun 6, 2011

Meet girlfriends.

Malam ahad hari tu bajet bajet konon nak keluar dengan girlfriends zaman sekolah. Ada 3 orang. Atin, Yaty dengan Intan. Dah beria-ia nak keluar nih. Sekali Yaty keluar dengan kakak dia balik lambat. Intan pulak nak tengok AF sangat sangat. (betul kan intan? alasan taknak keluar jauh jauh. aku tau dari sekolah ko memang suka tengok AF. ngee) Last last keluar dating dengan Atin je. Sangat ohsem okay! :D *Jadi sebenarnya meet girlfriend. Bukan girlfriends. sigh.


Okay ini Atin. Dia tengah amik degree now kat Uitm Shah Alam. Comel kan dia. Jangan nak mengorat. Saya dah nasihat tunggu dia dah ready nak kahwin baru boleh bercinta.

Ini Yaty. Dia seorang nurse dekat Hospital Melaka eh sayang? Lupa. Tapi kitorang dah kawan dan sama kelas dari form 1 sampai grad sekolah menengah. Tak boleh mengorat. Dia taken.


Ini Intan. Untuk sekarang, dia dah grad kat Uitm Melaka. Suara dia sedap kalau nyanyi mungkin sebab tu dia suka tengok AF. Dia peminat No. 1 Siti Nurhaliza. Status dia saya pun tak tahu. Boleh email kalau nak kenal. Kalau nak mintak dia jadi model muslimah pun boleh email saya jugak.




Zaman sekolah kitorang otai. Datang sekolah lambat pun kalau Cikgu Remy tanya kelas apa, kitorang boleh masuk terus tak payah tunggu 1 masa berpanas kat perhimpunan macam budak lain padahal bukan kelas pandai sangat pun. Kalau pakai kasut converse hitam ada corak putih2 pun lepas jugak sebab hal hal kecil macam tu je pun. Bukan ponteng kelas. Bukan pakai tudung pendek. Bukan pakai kain singkat lepas tu pakai kasut high cut. Bukan jugak pakai baju kurung nampak tali bra kaler pink kiutnya sangat. T__T




Paling rindu masa sekolah bila time rehat kitorang turun paling awal tapi tetap paling lambat masuk kelas balik. Kadang2 kitorang pun tak faham kenapa selalu macam tu. Tapi kalau masa rehat sorang beli mi sup, sorang beli laksa, 2 orang beli mee MUAK. Lepas tu haruslah dia rasa dia punya, dia rasa dia punya. Kongsi kongsi. haha. mee muak tu mula mula bau memang muak lama lama bila makan jadi ketagih. tak tahu pun itu ialah yee mee putih. Tapi rupanya itu ialah yee mee kungfu. Tak tahu celah mana nak cari lagi. kempunan sangat. Pergi mana mana pun rasa dia tak sama. Makcik kantin tu dah pindah. Takut meleleh pulak elio anak dalam perut nanti. sobs sobs



CARI KAMI


Kesian orang depan. semua jadi katek. tak tahu lah ape function orang ni buat ala ala fish eye gambar ni.



Dan tadi aku cakap keluar dengan Atin. We are really have a good time together.

Time ni kat Kenny Rogers Leisure Mall.



Time nak order boleh pulak jumpa budak sekolah buat part time. Pergh. Dah kempeng kot. Ingat lagi darjah 6 dulu chubby je dia nyanyi lagu Numb-Linkin Park dengan Navin. tapi kalah la. Aku menang No. 2. haha. berlagak. Now dia belajar kat UM. (asal aku rasa merendah diri je ni. wuu)




Tahulah bila perempuan dengan perempuan berjumpa. Macam macam cerita. Masing2 sakan bercerita tentang life sekarang sampai tak sedar budak Kenny semua buat buat nak tarik tirai besi tu ke bawah. Cehh.


Nilah buktinya.


Kedai dah takde orang. Lampu pun dia padam selow selow. Halau lah tu.


Lepas tu malam masih muda kan baru pukul 9 tekak masing2 terasa nak makan aiskrim. Pergi McD Taman Connought pulak. Lets lets.




Nak balik dah. Babai. Jumpa lagi. Nanti kita seret budak lagi 2 orang tu sama sama






Terima kasih daun keladi. Muahhx!

Jun 3, 2011

Bila haiwan lembik lembik naik muka

Sejak balik rumah ni ibu sengaja masak lauk sedap sedap sampai muka naik jerawat berketul ketul akibat penangan segala jenis sambal.
lepas tu makan sampai : macam tiada hari esok lagi. =.='



Oleh sebab itu. Malam tadi aku mengheret adik dan kawan sebaya merangkap anak saudara aku walhal dia lagi tinggi dari aku ke Downtown Cheras. (oh sebenarnya atuk kami adik beradik)



Mula mula dia taknak pergi maklumlah orang berkerjaya memang penat kan. Tapi lepas cakap macam ni, " Oh yeke.. takpelah macam tu.. =) " *muka smile jangan tinggal. tu penting.



Terus dia reply, " Jap mandi jap".
Nice kan. Mengada betul aku.



Sampai2 je, terus mengular jalan dari belakang kedepan, dari depan kebelakang. Aku rasa kalau takde kedai kat situ, dah macam tawaf tanpa arah tujuan. Memborong shawl pashmina inner ibu inner sahaja dah habis separuh ratus yang aku bawak. Untunglah tu pun ibu bagi sebab upah join menari endang dengan ape tah lagi satu tu yang padahal aku memang taknak terlibat. heshh.



Orang tak ramai. Bagus sungguh. Takdelah terhimpit kepala lutut dengan belakang lutut orang depan. Kalau nak shopping baju semua tu, rasanya baik pergi TS kot. Lagi murah. Maklumlah tak mampu pakai mahal2 ni. Kalau tersarung yang branded tu pun sebab harga dah jadi separuh + suku peratus. Pakai ape yang mampu jelah. Cuma kalau kat downtown kau boleh tawar menawar sampai dapat harga paling murah. Kalau tak dapat murah jugak, telan air liur jelah pastu belah kedai sebelah.



Apesal tak masuk lagi pasal haiwan lembik lembik tu? ngengg. lupa pulak. Ok sebenarnya selain memborong tudung, nak buat bekam lintah kat muka. Masa lalu terminal terakhir downtown tu, nampak la gerai dia. Ok lah harga dia 3 ekor RM20. Tapi tadi aku search kalau beli secara pukal(otokmu pukal) boleh dapat seekor dalam RM1.50. ciss kek. Rasa macam nak buat bisnes ni plop. Hm.. mula mula macam bajet cool la tapi lepas tengok lintah tu muntahkan darah, terus rasa macam.. (tangan didahi, kepala lentok ke kanan)



Tapi berkat sokongan padu masyarakat sekeliling, aku cuba. Aku tahu aku gagah.


Hai. Saya akan menjalani proses bekam lintah. Semoga berjalan lancar hendaknya.



3 minit pertama korang akan rasa nak ketap gigi sebab bila dia dah gigit tu korang rasa macam ada orang cubit pipi korang pakai kuku. Lepas tu ok la. Rilek je. (tak sanggup nak kata sakit. sebab nak berlagak sikit)


Yoo! Serious muka aku sekarang teruk. nyah la kau parut jerawat. :(


Teka yang mana kesayangan saya?



Yeay betul. yang ni. Para lintah yang sejuk lembik dan gemok sedang memuntahkan darah tu balik setelah disembur dengan Dettol + garam. Pekat siot.


Alaa omel omel nak lari mana sayang?



Ginilah gambaran selepas bekam lintah dibuat. Korang akan rasa malu bila nak jalan sambil makan sate ikan 4 cucuk seringgit. Tapi aku tak. Aku konfiden.



Nama dia Farhana. Comel kan. Dia taken.



Jangan dipertikaikan kenapa adik aku yang baru form 2 ni lagi lawa dari aku. Tu semua tak masuk akal.


Tong sampah dalam blik aku semalam penuh dengan tisu dan kapas yang menyerap darah tu. Rimas gila dia meleleh2 sampai aku rasa lemah seluruh tubuh badan. Ok tipu. Tapi memang betul dia meleleh dari malam tadi sampai tengah hari tadi. Gila kau. Banyak kot. Tak selesa sungguh. Tadi aku letak lendir pokok aloevera baru dia stop. Phew. Nasib baik lah kan.



Bukan susah sangat nak dapat bibir ala ala kila fairy. muncungkan sedikit, gedik sedikit, biar orang menyampah sedikit. Tapi ni tak kekal la. Nak bagi kekal aku tak tahu camne. Zzzz



Kalau okay ni, nanti nak buat lagi. Pastu nak belai belai sayang lintah tu time dia sedut darah kat muka. Mesti sweet kan.


Info :

1) Tahukah anda lintah takkan menyedut darah dari pesakit AIDS/HIV? Kerana lintah hanya menyedut darah yang kotor sahaja. Bukan yang paling kotor.


2) Setiap lintah akan menjalani proses bekam sekali sahaja dan akan mati dalam masa 4 hari setelah dibiarkan begitu sahaja. Sobsob.


3) Seperti lintah, nyamuk juga tidak akan menghisap darah pesakit AIDS/HIV. Tetapi jika terdapat nyamuk yang telah menggigit pesakit itu, kemungkinan untuk berjangkit dengan orang lain itu ada.


4) Sekian dari input yang saya terima. Kalau ada yang lain boleh kongsi bersama. Assalamualaikum dan salam sejahtera.. :)