Feb 1, 2017

Review | GT Mobile GT-888




Tengah cari telefon pintar baru ke tu? Hihi. Kalau tengah survey nak cari telefon pintar yang lain dari yang lain ataupun sebagai tambahan kepada telefon pintar sedia ada ataupun bercita-cita nak hadiahkan orang tersayang dengan telefon pintar, jemput baca tentang telefon pintar keluaran terbaru dari GT Mobile iaitu GT-888. Bestnya bila dapat review telefon pintar baharu ni. Besar dan sangat puas bila dapat pegang dan tengok kelebaran skrinnya. Jom kita unboxing dulu apa yang korang dapat bila memiliki GT Mobile GT-888 ni ^_^


Untuk setiap kotak atau set, turut disertakan ialah :

1 x Telefon pintar GT-888
1 x Bateri
2 x Screen protector
1 x Pengecas berserta kabel
1 x Casing jenis Silicon
1 x Earphone


Untuk setiap model GT Mobile GT-888, terdapat dua warna menarik iaitu Silk White dan juga Metal Grey. Berikut ialah spesifikasi ringkas sebagai pengenalan kepada semua :

Model
GT-888
Dimensions
158.9*77.5*8.6mm
CPU
MT6735P 4*Cortex-A53 1GHz
GPU
ARM Malit720-MP1 600MHz
RAM
1GB / 2GB
Storage
16GB 
Display
5.5”720*1280 pixels
Battery
 2550mAh
OS
Android 5.1
Camera
Rear-8.0MP,Front-5.0MP
SIM card
Dual SIM (SIM+MicroSIM)
WI-FI
802.11a/b/g/n
USB
Micro 5pin
Bluetooth
4.0
Positioning
GPS A-GPS

Bila terima je telefon pintar ni dan Yaya godek-godek , memang ambil masa nak sesuaikan diri dengan penggunaannya. Korang kena buka casing dan bateri di belakang telefon untuk memasukkan sim card tau. Tapi yang bestnya boleh pakai 2 simcard dalam satu masa. Hehe. 


Kelainan yang lain, butang on/off dan juga butang untuk selaraskan volume ada dibelah kiri. Belah kanan tiada butang langsung ye. Kalau kebiasaanya speaker, lubang earphone dan lubang untuk cas berada di sebelah bawah, kini semuanya berada di bahagian atas cuma speaker sahaja berada di bahagian bawah telefon.


Kelebihan GT Mobile GT-888 yang Yaya suka ialah ianya mempunyai skrin yang besar, jelas dan terang. Selain itu, ianya juga mudah dipegang kerana ringan dan nipis sahaja. :D


Didatangkan bersama Android 5.1 Lollipop dan CPU yang digunakan ialah 64 Bit MTK MT6735P processor Quad Core dengan 1.0GHz ,


Menariknya, kalau korang kelam kabut terlupa nak cas telefon pintar sebelum keluar rumah, jangan risau sebab ianya mempunyai kepantasan dalam mengecas telefon dan cuma memerlukan 15minit untuk mencapai kuasa bateri sebanyak 35%. Menarik kan? ;)

Rujukan penuh dan secara mendalam tentang model GT Mobile GT-888 adalah seperti dibawah : 


Harga : RM1580

Klik GT-888 untuk pembelian terus dan secara sah di laman web GT Mobile


Bagi pendapat Yaya sendiri, Yaya masih berpuas hati dengan segala fungsi yang ada untuk model GT Mobile GT-888 ini. Dengan skrin yang terang dan jelas, Shawn sendiri pun suka telefon pintar ni hihi. Bila selfie pun ada fungsi beauty face gitu haha flawless habis :p . Selain itu, setiap set didatangkan dengan casing dan juga screen protector. Maklumlah orang bila beli telefon pintar je mesti nak jaga dari tercalar dulu kan. So jangan risau sebab screen protector dah siap pasang untuk korang. 


Dengan kenipisan telefon yang just nice, memang okay sangat kalau nak letak dalam poket seluar dan juga poket hadapan beg tangan Yaya. Kelebihan dual sim yang disediakan juga memudahkan untuk pengguna untuk mengasingkan urusan kerja dan peribadi. Mudah dan cepat untuk dicas juga sangat memudahkan pengguna telefon pintar ini. Lepas ni kalau anak jiran nak tengok video Upin Ipin ke apa dah tak kisah sebab cepat dan pantas nak charge balik kikiki :p . Hopefully akan datang GT Mobile akan mengeluarkan fungsi yang lebih mesra seperti ; mungkin simcard boleh dimasukkan dari luar telefon sahaja dan juga menyediakan lebih banyak warna ceria untuk menarik minat pembeli. Siapa tahu akan datang lebih hebat? Wee tak sabar. Semoga maju jaya GT Mobile dan tahniah atas keluaran telefon pintar baharu :)


Untuk maklumat lanjut : gtmobile.sg


Terima kasih sudi baca

2 comments:

  1. woow.menarik telefon ni..tq for sharing

    ReplyDelete
  2. Yang paling best part gambar dan kelajuan charge dia..:D. Now phone dah selamat kat tangan anak, berebut mama gan anak..hehehe

    ReplyDelete