Feb 12, 2017

Kulit Lembut dan Cerah Berseri dengan Losyen Putih Ajaib Rozita Che Wan



Hai mereka yang sukakan kecantikan! Yaya tahu ramai pembaca Yaya kebanyakannya dikalangan kaum hawa maka dengan itu Yaya nak pesan awal-awal untuk sentiasa menjaga kecantikan luaran dan dalaman serta penampilan diri kita. Nak tahu tak? Yaya time kecik-kecik dulu memang gedik sikit tau suka kacau barang make up ibu ^^' . Sampai ibu naik fed up dia pun belikan kita lip balm, bedak baby ala-ala compact tu dengan losyen! Yes losyen. Punya excited tiap hari nak pi sekolah wajib pakai losyen tau uols sebelum pergi sekolah rendah atau sekolah agama. Hehe. Tabiat tu dah sebati sampai sekarang dalam diri Yaya. Kalau tak pakai losyen rasa tak lengkap je hari-ku-ini. 


So Yaya pun nak cuba Losyen Putih Ajaib Rozita Che Wan yang orang dok sebut-sebut ni. Dengar cerita memang best sangat losyen ni. Sempat juga Yaya godek-godek kandungan semulajadi yang diperkatakan tu. Paling penting, tengok ada kelulusan KKM ke tak. Ternyata ada! Okay proceed. Hee


Untuk pengetahuan semua, losyen ini diperbuat dari bahan semulajadi yang terbaik seperti :

Minyak Bunga Matahari :
Membantu merawat keradangan kulit, kulit sensitif atau eczema dan juga melembapkan kulit kerana minyak bunga matahari sangat kaya dengan Vitamin E.

Gliserin : 
Melindungi kulit dari cahaya matahari, Mencerahkan kulit dan juga Anti penuaan

Marine Kolagen :
Memelihara keremajaan dan keanjalan kulit , Mengekalkan kelembapan kulit dan mencegah kedutan, Memulih masalah kulit (mestimulasi sel baru) , Mencerahkan kulit dan Mengurangkan garis halus di kulit.

Aqua (ikon mineral water) :
Menghaluskan kulit, Menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit serta Melindungi dari radikal bebas. 

Haruman Wangian Precious by RCW ini memanglah tersangat harumnya. Selain dari kaya dengan Vitamin E ianya juga mengandungi Vitamin C yang diperlukan oleh kulit untuk memberi khasiat dalaman kulit kita.



Cara penggunaan :

1. Picit sehingga lebih kurang 2cm dan sapu pada kawasan yang hendak diputihkan atau yang bermasalah seperti tangan, celah peha, pelipat kaki, stretch mark, kawasan berparut, bahagian tumit kaki yang merekah, siku mahupun di kawasan lutut.

2. Boleh disapu pada bila-bila masa tetapi masa yang paling sesuai ialah pada waktu pagi dan malam iaitu selepas mandi. Ini kerana keadaan kulit kita yang masih lembab membantu penyerapan losyen secara menyeluruh dan menjadikan kulit lebih lembut dan wangian losyen lebih tahan lama. Lagi best, korang akan rasa wangi dan segar dalam tempoh jangka masa yang panjang. Sangat pratikal untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering, lagi bagus kalau selalu sapu tak kira selepas mandi atau pada bila-bila masa sahaja. Wee!


Kulit tangan sebelum menggunakan losyen Putih Ajaib RCW.


Picitkan losyen mengikut keperluan kawasan yang hendak disapu. (time ni sebenarnya sapuan kedua hahaha lupa nak snap gambar sebab wangi sangat tak sabar nak sapu :p )


Kulit lebih tampak cerah dan berseri gituuuu :)

Sebenarnya, pertama kali sapu kita dah boleh tengok kesan putih serta merta tetapi untuk kesan putih yang kekal, kenalah rajin amalkan secara konsisten sekurang-kurangnya 7 hari okay! Kalau korang sentiasa rajin dan konsisten, tak sampai 7 hari korang dah boleh lihat kesan putih berseri tu tau! Lepas tu bonus tambahan boleh dapat kulit yang lembut, gebu dan wangi sentiasa! Mesti cik abang makin sayang kan? :p


Yang paling penting, Losyen Putih Ajaib RCW ini mempunyai Kelulusan KKM - NOT160101051 K :D


Selain memberi khasiat dan kelebihan kulit yang cerah berseri, Losyen Putih Ajaib RCW juga berupaya untuk menyelesaikan masalah :
  • Kulit kusam
  • Regangan kulit (stretch mark)
  • Parut
  • Kudis
  • Bekas jerawat 
  • Tumit kaki merekah 
  • Ruam lampin bayi dan banyak lagi!


Testimoni dari Yaya : Sememangnya losyen Putih Ajaib RCW yang Yaya bawa kehulu-kehilir dalam beg sekarang hihi. Mudah dan senang sangat sebab botolnya tak besar dan tak kecil sangat. Just nice. Jujur kata memang losyen ni best dan buatkan kulit Yaya lembut dan lembab sentiasa. Baunya yang wangi dan tidak terlalu menyengat memang Yaya suka. Harum lembut je bau losyen ni memang sesuai dan best kalau korang pakai sebelum tidur. Nyenyak je rasa tidur kita tau. Hehe. Lagi best sebelum nak sampai rumah mak mertua tak payah dah nak calit perfume ke apa. Pakai je losyen ni dengan secara magicnya terus tangan lembut dan wangi. Pendek kata, losyen wajib yang perlu ada dalam setiap beg tangan perempuan! (lelaki nak pakai pun boleh Yaya selalu je sapu lebihan losyen kat Shawn hihi)


Jom baca testimoni dari pengguna Losyen Putih Ajaib RCW yang lain pula!





Kebabom ke tidak? Kalau rasa-rasa nak kulit awak tu lembut cantik wangi selalu kenalah jaga ya! 


PUTIH AJAIB Hand & Body Whitening Lotion 110 ml 
Harga : SM RM35.90 / SS RM37.90


Senangnya boleh letak dalam beg tangan je tau! Nak bawa pergi mana-mana pun senang. Hihi. 
(Apeni tangan lagi cerah dari muka ^^')

Untuk maklumat lanjut :

Instagram: @hqputihajaibbyrcw
No Tel:
016-958 3222 (Amira)
1-800-222-000 (Hotline)



Terima kasih sudi baca

1 comment: