Nov 13, 2017

Jamu Tun Teja (Review) | Kekal Sihat dengan Jamu Moden Resepi Orang Lama



Hai korang! Yaya excited nak share dengan korang tentang Jamu Tun Teja yang tengah trend sekarang ni. Apa yang bestnya, jamu moden ni telah merangkumi semua khasiat yang diperlukan untuk kecantikan dalaman wanita. Kiranya All in One gitu. Hihi


Yaya nak cakap sorry dengan diri sendiri pun ye gak sebab masa berpantang Yaya langsung tak ambil apa-apa jamu tau. Masa tu Dahlia jaundice lama jugak so Yaya takut nak ambil jamu takut kuning dia tak turun atau berulang. Maklumlah orang baru pertama kali bersalin masih zero >.<


Mak mertua Yaya pun tegur tak makan jamu ke Yaya diam je huhuhu. Zaman sekarang bukan macam zaman dulu senang nak cari jamu tu semua lepas tu masak dalam periuk lagi huhuhu (ala Yaya cakap jelah malas ^^'). Finally jumpa juga jamu moden untuk orang malas macam Yaya ni kekeke. Jamu bukan sebarang jamu okay! Jamu yang hanya menggunakan bahan dan resepi yang premium untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan dan juga kecantikan dalaman. Thank you Fairuz Najwa yang suggest kat kita untuk cuba Jamu Tun Teja sebab katanya jamu ni mesra dengan baby dan juga akan memperbanyakkan lagi susu ibu wow! :O


Bila sampai je Jamu Tun Teja ni kat rumah, Yaya terus terpukau dengan packaging dia yang unik, menarik dan kreatif! Lawa sangat okay corak songket tu. Ekslusif sangat. Tambah pula dengan trademark "Khazanah Istana" tu. Terus jatuh hati untuk first impression. Hee


MANFAAT DAN KEBAIKAN JAMU TUN TEJA
  • Mengetatkan kembali otot-otot rahim yang longgar.
  • Mencantikkan kulit.
  • Mengecutkan peranakan wanita.
  • Kitaran haid menjadi lebih teratur dan mengecutkan cyst.
  • Menyuburkan rahim.
  • Memberikan tenaga
  • Menguatkan sistem peranakan.
  • Menganjalkan payudara dan punggung yang jatuh.
  • Mengempiskan perut sekaligus mengurangkan berat badan.
  • Milkbooster bagi ibu yang sedang menyusukan bayi.


Bahan premium yang digunakan dalam Jamu Tun Teja :

Halia Bara  
Melancarkan sistem peredaran darah, melegakan sakit otot dan sendi terutamanya belakang badan, pinggang, lesu badan, saluran pernafasan, tambahkan susu ibu, melegakan batuk dan selesema, melegakan gatal pada kulit, mengeluarkan angin dalam badan, melancarkan sistem penghadaman, terbaik untuk rawatan selepas bersalin dan meningkatkan kualiti hubungan suami isteri.

Manjakani
Menguatkan otot vagina, kurangkan masalah keputihan, menghilangkan bau badan, menegangkan kulit serta mengandungi ejen anti-penuaan.

Akar Serapat
Mengetatkan faraj dan organ peranakan, mengatasi kelesuan ketika datang haid, memberikan tenaga dan membuang toksin dalam badan.

Kulit Kayu Manis 
Merawat jeragat, membantu mengurangkan kolestrol, meningkatkan kesuburan dan menghilangkan parut pada kulit.

Acai Berry
Membakar lemak berlebihan, membuang toksin dalam badan, mengurangkan iritasi kulit, melambatkan proses penuaan dan sangat baik untuk kesihatan jantung.

Madu Asli
Menambahkan susu badan, memberikan tenaga, meningkatkan imunisasi badan, mencantikkan kulit serta mengurangkan batuk dan asma.

Lada Hitam
Membakar lemak berlebihan, membantu sistem penghadaman, memanaskan badan, membuangkan angin berlebihan serta melegakan ketegangan otot dan juga rasa lesu.

Purasweet 
Mengurangkan kandungan gula dalam badan dan merawat tisu rosak.

Collagen, Vitamin C dan Hyaluronic Acid
Menganjalkan kulit, memutihkan kulit, merawat masalah jerawat dan jeragat, mengurangkan kedutan kulit, menurunkan berat badan dan mencegah penyakit berkaitan mata.


Selain pek 15 sachet yang berharga RM88 , Jamu Tun Teja juga terdapat dalam pek travel yang mempunyai 5 sachet yang berharga RM38. Berbaloi beli dengan pek 15 sachet yang boleh bertahan lebih 2 minggu ;)


Siapa yang digalakkan untuk mengambil Jamu Tun Teja?

  • Remaja
  • Wanita yang sudah berkahwin
  • Ibu berpantang
  • Perempuan yang berkerjaya
  • Surirumah
  • Pelajar
  • Ibu yang sedang menyusukan bayi
  • Wanita yang aktif bersukan


Cara penggunaan : Amalkan 1 sachet samada sebelum sarapan atau sebelum tidur. Untuk kesan yang optimum, boleh amalkan 2 sachet sehari iatu sebelum sarapan dan juga sebelum tidur. Jangan lupa minum banyak air untuk penyerapan khasiat Jamu Tun Teja dengan lebih berkesan.


Rasa pedas-pedas halia bara dan kandungan jamu yang disatukan ni memang pure dan kaw. Fuhh sedap betul badan lepas amalkan Jamu Tun Teja ni ;)

Jom lihat testimoni dari pengguna Jamu Tun Teja 










Review dari Yaya : Yaya memang sangat berpuas hati dengan keberkesanan Jamu Tun Teja ni. Bagi Yaya yang memang tak mengambil jamu langsung sebelum ni, memang rasa lesu sikit huhu tapi sekarang Alhamdulillah lebih bertenaga. Paling best dia membersihkan dalaman Yaya juga. Segala kotoran dan keputihan mula keluar secara teratur dan sekarang beransur hilang. Badan pun rasa sedap je dan sememangnya Jamu Tun Teja ni mesra dengan perut Dahlia sebab Yaya menyusukan Dahlia sepenuhnya. Susu Yaya pun konsisten setakat ini walaupun Dahlia nak masuk 6 bulan dah. Hihi Alhamdulillah :)


Untuk maklumat lanjut dan konsultasi, korang boleh berhubung dengan pengedar sah Jamu Tun Teja Fairuz Najwa di talian  012-3478836




Terima kasih sudi baca

Nov 10, 2017

Hakubi White C Review




Masalah kulit kusam bagi yang selalu terdedah kepada matahari, sinaran UV dari cahaya telefon bimbit, aktiviti seharian yang sibuk sehingga terlupa rutin penjagaan kulit muka dan juga masalah wajah yang tidak sememangnya musuh ketat semua wanita. Kalau boleh kita sentiasa nak nampak muka kita berseri walaupun jarang menggunakan alat solek. Betul tak?


Jom atasi masalah kulit seperti kusam, bintik hitam, pigmentasi, jerawat, kedutan, kulit kering dan lain-lain lagi dengan Hakubi White C Series! Sato Pharmaceutical Co Ltd dari Jepun ini telah melancarkan produk pemutihan baharu iaitu Hakubi White C Plus dengan Vitamin C, L-Cysteine dan B6 untuk kulit yang sihat dan juga Hakubi White C Gel yang berfungsi untuk memudarkan bintik hitam dan kedutan halus pada muka. 


Hakubi White C Plus


Hakubi White C Gel


Jom kita berkenalan dulu dengan Hakubi White C Plus ini. Harga bagi sebotol comel yang mengandungi 180 biji tablet ini cuma berharga RM 122.85.

Hakubi White C Plus :
  • Mengandungi formula unik bagi membaik pulih struktur kulit dari tanda pigmentasi, jeragat, bintik hitam dan kulit kering. 
  • Selain menyihatkan lagi kulit kita, ianya juga merupakan makanan tambahan yang diperlukan oleh sistem tubuh badan kita.
  • Mengandungi khasiat Vitamin C, L-Cysteine, Vitamin B6.
  • Boleh diambil 3 kali sehari dengan 2 biji setiap kali pengambilan.



Kebaikan Hakubi White C Plus yang lain ialah :


  • Vitamin C berfungsi sebagai antioksidan dan menggalakkan penyembuhan kulit.
  • Vitamin C dan L-Cysteine membantu menjaga kesihatan tubuh badan.
  • L-Cysteine menggalakkan metabolisma pada kulit.
  • Kalsium Pantothenate atau Vitamin B5 membantu penyerapan Vitamin C di dalam badan dan juga detoksifikasi.
  • Vitamin B6 mengaktifkan metabolisma kulit dan membantu meningkatkan kesihatan kulit.

Terlalu banyak pendedahan cahaya matahari pada kulit akan menyebabkan bintik gelap, pigmentasi, dan juga sunburn. Hakubi White C berfungsi untuk melembapkan serta melindungi kulit dan pada masa yang sama mengekalkan kesihatan kulit dengan mengurangkan bintik gelap pada kulit. Lepas ni takde masalah dah nak ke pantai atau kawasan yang kering dan panas. Kan ada Hakubi White C Plus. Hihi


Hakubi White C Gel yang sangat best ini pula cuma berharga RM 97.40 dan korang akan jatuh cinta hanya selepas sekali pemakaian!

Hakubi White C Gel :
  • Formula gel jernih yang meresap lembut pada kulit bagi memudarkan parut jerawat, jeragat dan masalah kulit yang lain.
  • Menyekat pengeluaran melanin dan melindungi kulit daripada kecacatan dan jeragat.
  • Mengetatkan liang pori, membersihkan dan memperbaiki keadaan kulit serta mengekalkan kulit yang sihat.
  • Melembapkan kulit dan menghalang kulit menjadi kering dan berjerawat. 
  • Ekstrak Licorice atau Glycyrrhizate Dipotassium dalam gel bertindak sebagai agen anti-radang untuk melegakan kerengsaan pada kulit.
  • Berkesan pada kulit dengan cara mengaktifkan sintesis kolagen pada kulit muka.
  • Memudarkan kesan bintik hitam sekaligus menghalang kedutan halus pada kulit wajah.

Suka sapu ke seluruh muka! Muka terasa sangat fresh dan soft! Parut jerawat pun makin pudar. Wee~


Menariknya setiap tiub belum pernah dibuka dan hanya kita sendiri yang akan memotong hujung tiub sebelum penggunaan bagi menjamin kebersihannya.


Jatuh cinta dengan tekstur Hakubi White C Gel yang sangat mesra pada kulit dan mudah meresap dan tidak melekit. Kesan lembut pada kulit akan berlaku serta merta dan korang akan dapat lihat parut jerawat dan garis halus akan muka berkurangan dalam masa beberapa hari sahaja!




Yaya suka sangat Hakubi White C Gel ni tau! Antara gel wajib dan kawan baik Yaya sekarang. Korang pun wajib ada kalau nak hilangkan parut jerawat dan garis halus pada wajah < 3


Yang pastinya, jangan lupa ambil Hakubi White C Plus bersama barulah kesihatan kulit dan kaedah pemutihan, keserian kulit wajah, masalah pigmentasi, garis halus dan proses memudarkan parut jerawat menjadi seiring gittew.  ;)

Mana nak dapatkan Hakubi White C Plus dan hakubi White C Gel? Korang boleh dapatkannya di semua cawangan SaSa dan juga Watsons yang terpilih di seluruh Malaysia ^_^

Nak beli secara online di Watsons Malaysia pun boleh tau! Klik sahaja link produk dibawah ya :)



Untuk maklumat lanjut :

Facebook : Hakubi Malaysia

#hakubimalaysia #hakubiwhitec #skinbrightening



Terima kasih sudi baca

Oct 31, 2017

NaViX | Melegakan Stress dan Meningkatkan Tenaga Zahir dan Batin



Hai korang! Amboi awal entry dah letak gambar dengan banner Dato Jah. Korang pernah dengar nama Dato Jah? Rasanya ramai yang familiar dengan nama Dato Jah ni kan. Yaya pun pertama kali dapat jumpa dia rasa berbesar hati sebab dapat berkenalan dengan antara multimillionaire yang ada kat Malaysia ni.


Sebelum tu, Yaya nak tanya. Korang pernah stress tak? Tipulah tak pernah rasa stress kan. Yaya dulu masa study fuhh stress gila nak siapkan tesis sampai menangis woo hahaha. Lagi satu Yaya stress kalau final exam dah dekat. Lagi-lagi untuk paper pertama. Mulalah rasa nak demam, sebu perut rasa macam ada kupu-kupu dalam perut lepas tu rasa nak muntah. Teruk betul ^^'


So, Apa itu Stress?
"Menurut Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.” (Dr. David B. Posen (Lifestyle Counselor and Psychotherapist) ; Stress) ‘Bebanan’ ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. Ada tekanan perasaan yang baik lagi positif dan ianya dinamakan sebagai “eustress” dan ada pula yang buruk lagi negatif dan ia dinamakan sebagai “distress.” Tekanan yang positif amat kita perlukan di dalam hidup kita untuk menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan lebih memberikan tumpuan dan perhatian kepada apa yang sedang kita lakukan. Sebenarnya banyak penemuan dan ciptaan oleh saintis-saintis telah berlaku di saat mereka tertekan dengan masalah-masalah tertentu."


Kalau dahulu Dato Jah terlibat dengan bisnes dari produk orang lain, kini beliau mula mengeluarkan produk sendiri iaitu NaViX. NaViX ini merupakan produk makanan kesihatan tambahan dengan formulasi paling istimewa, paling terbaru dan paling terbaik berasaskan bahan semulajadi yang boleh membantu melegakan stress dan meningkatkan tenaga zahir dan batin.


So bagi mereka yang rasa stress, jom check kalau korang ada tanda-tanda atau gejala stress yang sedang melanda dalam diri korang.

Tanda-Tanda / Gejala Umum Stress ialah :

Fizikal : Keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit-sakit badan terutamanya di kawasan bahu dan belakang, degupan jantung yang kuat, sakit dada, meloya, ketar badan, sejuk tangan dan berpeluh.

Mental : Hilang tumpuan, mudah lupa, susah untuk membuat keputusan, tidak boleh berfikir, celaru pemikiran dan tidak boleh berjenaka.

Emosi : Risau, sentiasa bimbang, sugul, marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif, mudah hilang sabar dan panas baran.

Perangai : Keluh-kesah, lahir tabiat seperti menggigit kuku dan menggedik-gedikkan kaki, makan yang berlebihan, merokok, minum arak, menjerit-jerit, maki hamun, mengungkit-ungkit dan menyalahkan orang lain serta bertindak agresif.



Fuhh rupanya segala penyakit berbahaya yang kita selalu nak elak ni berpunca dari stress. So bahaya ke tidak kalau stress? Memang bahaya okay. Boleh dikatakan stress juga pembunuh nombor satu. Yela kalau korang selalu stress, pembuluh jantung korang boleh tersumbat tau akibat tekanan pada dada bila korang rasa stress kerana ianya mempengaruhi seluruh fungsi anggota badan baik luaran dan juga dalaman.


Cak! Haa lepas ni tak payah stress-stress dah. Boleh cuba NaViX yang mana ianya mampu untuk melegakan rasa stress dan juga paling best, boleh meningkatkan tenaga zahir dan batin ;)


Boleh didapati dalam pek besar yang berharga RM298 atau dengan harga promo yang sedang berlangsung iaitu RM248 (15 sachet untuk pengambilan selang sehari selama sebulan) dan pek kecil yang berharga RM99 (5 sachet untuk selang sehari selama 10 hari). 

Ciri-ciri NaViX :
  • Berbentuk sachet (3g)
  • Serbuk berperisa koko
  • Koyak, kemam pada atas atau bawah lidah dan telan
  • Mudah dibawa kemana-mana

3 bahan utama yang terdapat pada NaViX ialah :



Kalau nak tahu, Ashwagandha ini adalah sejenis herba yang telah wujud sejak 3,000 tahun lalu dan digunakan dalam rawatan Ayurverda yang popular di India. Atlet juga mengamalkan ekstrak akar Ashwagandha yang telah diproses ini untuk mengekalkan stamina mereka.

Kebaikan Ashwagandha :
  • Melegakan stress dan kebimbangan
  • Meningkatkan tenaga dan stamina
  • Memperbaiki aliran darah
  • Meningkatkan sistem pertahanan badan
  • Memperbaiki fungsi seksual lelaki
  • Membantu memperbaiki dan mengawal aktiviti sel saraf 


Pernah tengok kunyit hitam? Kunyit hitam atau nama saintifiknya "Cucurmia Caesia" ini mengandungi curcumin yang sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan. Selain dari kaya dengan anti oksida dan anti inflamatori, ianya juga mempunyai kebaikan lain seperti :
  • Membantu memperbaiki aliran darah
  • Melindungi sistem reproduksi lelaki dari jangkitan kuman, keradangan dan toksin
  • Membantu rawatan mati pucuk
  • Membantu memperbaiki kualiti sperma


Bahan utama NaViX iaitu Maca juga telah digunakan sejak dari 2,000 tahun lepas lagi. Akar Maca ini mempunyai nutrisi yang dapat merangsang tenaga, stamina dan juga kesuburan bagi setiap pengamalnya. 

Antara kebaikan Maca yang lain ialah:
  • Membantu menigkatkan tenaga dan stamina
  • Memperbaiki fungsi seksual (performance, kemahuan dan juga kesuburan)
  • Membantu memperbaiki ingatan dan fokus dalam pelajaran
  • Memelihara kulit dari sinar UV

Dato’ Hajah Jahlilawati Abu Bakar atau lebih mesra dipanggil Dato Jah merupakan pengasas NaViX dan juga Founder/President BisnesJaya Group.


Kalau nak tahu, NaViX ini juga dikenali sebagai Natural Viagra. Banyak dah testimoni dari pengguna NaViX ni tau. Woww :p


Sertai Program Usahawan Berjaya yang diadakan setiap hari Sabtu pada jam 3 petang di BisnesJaya Academy. Kemasukan adalah percuma tau! Kalau korang nak jadi agen, stokis atau premium stokis untuk produk Navix, boleh terus layari www.djmoment.com.


Untuk maklumat lanjut :

Website : 

Alamat :
BisnesJaya Academy
51-2, Jalan BK 5A/2
Bandar Kinrara 5
47180 Puchong
Selangor
01115141369

No Tel :
011 1514 1369



Terima kasih sudi baca

Oct 27, 2017

FURBY MOMS | Kemeriahan Charity Zumba di The Venue Shah Alam




Hai korang! Ingat tak haritu Yaya ada update tentang Charity Zumba with Baby yang dianjurkan oleh Furby Moms? Boleh baca kat SINI. Sebenarnya Yaya sendiri berkesempatan dan berpeluang untuk menyertai Charity Zumba yang bertempat di The Venue, Shah Alam pada 22 Oktober 2017 lepas. 


Sebenarnya Yaya excited okay nak bawa baby Dahlia. Mesti meriah sebab ramai baby yang akan join juga. Mula-mula risau juga takut dia meragam ke apa kan. Tapi why not? Fuhh pagi-pagi Dahlia dah bangun dan mandi awal sambil ditemani mak ngah dan nenek hihi.


Pukul 8 pagi sharp dah sampai haha tak sabar nau nak zumba kekdahnya. Alhamdulillah cuaca sangat baik pagi tu. Sementara cuaca belum panas lit lit, kami pun dah masuk dan sementara tunggu acara bermula, Yaya dah siap-siap susukan Dahlia bagi dia kenyang dan selesa.


Yang bestnya, aktiviti berzumba ini diadakan dalam suasana yang berhawa dingin. Terus Yaya tarik nafas lega hihi. Siapa kata kalau zumba dalam air cond nanti tak berpeluh? Yaya tengok peserta lain menitis-nitis air peluh tau sebab step zumba memang best dan kreatif sangat!
 

Ucapan dan kata aluan dari CEO Furby Moms sebelum acara dimulakan. 


Aktiviti Zumba dimulakan dengan aksi lagu dan rentak bollywood dari Zin Shah Bariah, Zin Aliez Nizam, Izzat Zin dan juga sesi ladies only dari Zin Nurin. 


Yaya of course berzumba sekali dengan baby Dahlia tapi tak adalah lasak-lasak sangat sebab Dahlia dah tertidur dalam baby carrier. Apa-apapun Yaya sangat seronok dan enjoy dengan aktiviti zumba ni. Paling suka bila Izzat Zin mengawal crowd dengan step zumba beliau yang sangat best dan mesra untuk ibu yang mengendong baby. Hihi




Linda Jasmine turut hadir sebagai tetamu istimewa bersama dua orang anak perempuan beliau iaitu Ratu dan juga Cleopatra. First time jumpa Cikgu Linda Jasmine ni dulu tengok kat AF je bila dah dapat jumpa ni haruslah bergambar kan :D


Sepanjang event dijalankan, turut terdapat booth sponsor yang dibuka. Antara penaja yang menyertai Charity Zumba ini ialah :

  • Youha Malaysia
  • Set Bersalin Danita
  • Body Dream
  • Thread & Lilies
  • Silera Chia Seed
  • Jari Kasar Menari
  • AIA Insurance Kuantan

The Venue Shah Alam pula merupakan penaja utama yang menyediakan lokasi dan prasarana yang sangat selesa untuk para peserta. Untuk mereka yang masih mencari lokasi untuk majlis istimewa, boleh masukkan The Venue Shah Alam dalam list ya! Serius best, luas dan sangat selesa!



Majlis diteruskan dengan ucapan penutup dan juga penyerahan cek sumbangan kepada pihak MAKNA Malaysia.


Aktiviti Charity Zumba with Baby yang julung kali diadakan oleh Furby Moms ini bertujuan untuk kutipan dana sempena bulan Kesedaran Kanser Payudara. Semua hasil kutipan dana turut didermakan kepada Majlis Kanser Nasional (MAKNA).



Hadiah lucky draw untuk 40 peserta yang bertuah. Yaya pula yang seronok tengok hadiah ni hihi.


Furby Moms turur melancarkan koleksi baharu mereka khas untuk ibu hamil yang menginginkan keselesaan tetapi tetap ingin tampil cantik dan anggun. Yaya sendiri tertarik dengan koleksi busana dari Furby Moms. Lepas ni next baby boleh beli dari Furby Moms je ;)




Memang best sangat Charity Zumba for Breast Cancer yang diadakan oleh Furby Moms ni. Semoga diteruskan lagi untuk tahun mendatang! Ada rezeki boleh join lagi ^_^


Untuk maklumat lanjut :

Facebook : FURBY MOMS
Instagram : @furbymoms


Terima kasih sudi baca