Oct 24, 2016

Aura Hijab | Untuk Rawatan Rambut Gugur yang Kronik


Siapa kat sini ada masalah rambut gugur macam Yaya? Huwaaaa risau gila tau sampai termimpi-mimpi rambut Yaya gugur sampai botak. Mimpi paling seram rasanya. Pernah masa tu stress dengan tesis masa sem akhir, terkejut Yaya rambut gugur banyak gila! Paling penat bila hari-hari sapu rambut je. Penuh lantai dengan rambut. Sayunya hati tengok rambut sendiri :'(


Ada orang suka merawat rambut dengan cara tradisional kan? Yaya pun pernah buat. Pakai santan kelapa. Tapi bau dia busuk nauzubillah hahaha menangis nak syampu balik. Pernah juga pakai daun bunga raya. Memang elok dan sejuk tapi sampai bila boleh konsisten? Renyah sangat penyediaannya. Buat sekali dua lepas tu malas dah. Lepas tu rambut sambung berguguran dengan jayanya T_T


Tapi kakak adik makcik dan kawan-kawan jangan risau okay! Tak selamanya rambut akan terus gugur melainkan korang tak rawat dengan segera. Sekarang dah ada rawatan terbaru untuk merawat segala jenis masalah rambut terutama untuk mereka yang berhijab. Yaya faham perasaan kaum wanita yang kadang-kadang rimas dengan masalah rambut gugur, kelemumur, berbuah, bercabang dan juga rapuh serta senang putus. Kadang-kadang, selain masalah hormon dan pemakanan yang tidak seimbang, ianya juga berpunca dari produk penjagaan rambut dan syampu yang tak sesuai dengan korang. Ada sesetengah syampu cuma provide bau yang wangi tapi langsung tidak memberikan kebaikan malahan kelemumur dan rambut gugur semakin teruk.


Maka dengan itu, beralihlah kepada syampu AURA HIJAB! Yaya berani jamin syampu ini memang sangat best dan akan merawat masalah rambut korang dalam masa 7 hari! Untuk kesan yang lebih optimun, teruskan penggunaan sehingga sebulan. Memang terasa perbezaannya.


Taraaa~! Syampu yang sangat wangi ini mempunyai pelbagai khasiat hebat tau!

Sebelum tu, jom kita rungkai semula permasalahan yang kemungkinan besar dialami oleh semua kaum wanita. Sekurang-kurangnya, salah satu mesti ada kan? :(


Hasil kaji selidik, kebanyakan kaum wanita mempunyai masalah rambut gugur. Yaya juga termasuk dalam statistik itu. Memang tepat sekali sobs :(




Antara bahan utama yang terdapat di dalam syampu Aura Hijab ialah :

Habbatus Sauda (Nigella Sativa) 

Mengurangkan Keguguran Rambut - Kandungan Bahan Antioksidan Habbatus Sauda Yang Kuat Dan Sifat Antimikrobial Mampu Menguatkan Folikel Rambut.

Menghalang Pertumbuhan Bakteria - Kelebihan Anti-Kulat Habbatus Sauda Yang Didapati Mampu Menghalang Jangkitan yang Menyebabkan Keguguran Rambut, Rambut Berbau Dan Kulit Kepala Gatal.

Mempercepatkan Proses Pertumbuhan Rambut – Habbatus Sauda mempunyai Bahan Pelembab Semulajadi yang berpotensi untuk Melindungi Rambut Dari Kerosakan dan Mempercepatkan serta Menggalakkan Proses Pertumbuhan Rambut Baru Yang Sihat.

Buah Keras (CandleNut)

Melebat Dan Menyuburkan Rambut – Kandungan Nutrien Didalam Buah Keras Menghalas Rambut Dari Menipis Dan Kering Kerana ia Melebatkan Dan Menyihatkan Rambut Anda.

Menghilangkan Kelemumur – Minyak Yang Terkandung Didalam Buah Keras Mengandungi Bahan Anti Kulat Dan Merawat Kulit Kepala.

Syampu Rawatan Aura Hijab Mengandungi Essen Minyak Buah Keras Yang Akan Membuatkan Rambut Anda Lebih Segar, HarumDan Bercahaya Sepanjang Hari.

Daun Bidara (Ziziphus Mauritana) 

Menguatkan Akar Rambut - Kandungan Kalsium Mineral Yang Sangat Tinggi Dalam Daun Bidara Dapat Membantu Memberi Nutrisi Pada Akar Rambut.

Menumbuh Dan Meremajakan Sel Kulit – Kandungan Nutrisi Herba Pada Daun Bidara Dapat Memacu Pertumbuhan Sel SelBaru Secara Maksima.

Ekstrak Daun Bidara Di Dalam Syampu Rawatan Aura Hijab Membantu Melebatkan Rambut, Menguatkan Rambut Dan Mencegah Rambut Putus.

Aura Hijab Perfume 

Gabungan Pati Wangian Bunga Dan Herba Asli Untuk Memberi Rambut Anda Aroma Dengan Bauan Segar Sehingga 12 Jam.

Bauan Segar Ini Diinspirasikan Dari Aroma Wangian Antarabanga Bagi Melengkapkan Pesona Rambut Anda Yang Cantik, Sihat Dan Harum Persis Permaisuri.

Minyak Zaitun

Digunakan Secara Turun Termurun Untuk Merawat Rambut Untuk Pelbagai Kerosakan seperti :

1. Membiakkan Dan Menebalkan Rambut
2. Memanjangkan Rambut dan Merawat Kulit Kepala 
3. Membuka Ruang Pori Pori Kulit Kepala.

Rumusan Moden Aura Hijab

GHC (Guar Hydroxypropyltrimonium) - Extrak Organik Yang Memberi Dan Mengekalkan Kelembapan Pada Rambut dan Mengekalkan Kelembapan pada Rambut.

PANTHENOL - Extrak Organic Mengandungi Vitamin B Yang Bekerja Luar Dan Dalam. Zat Ini Mempertahankan Kelembapan Rambut Dan Membantu Khasiat Didalam Syampu Lebih Menyerap Kedalam Kulit Kepala.


Cara Penggunaan Aura Hijab :

- Gunakan Aura Hijab Sekali Sehari.

- Urutkan Rambut Dan Kulit Kepala Dengan Lembut Bagi Meratakan Syampu Dan Nutrisi.

- Biarkan Selama 5 Minit Untuk Nutrisi Menyerap Kedalam Rambut Dan Kulit Kepala.

- Bilas Kepala Hingga Bersih


Yang paling best, syampu Aura Hijab ini diformulasikan dengan formula 2 dalam 1 yang mana ia merangkumi Syampu dan juga Perapi selain wangian asli yang sangat harum dan semulajadi. Senang la haih sebab perempuan ni sentiasa nak cepat kadang-kadang tak sempat pakai perapi rambut lepas tu keras kejung je bila rambut mula kering. Tapi dengan Aura Hijab, rambut Yaya tetap lembut dan wangi sangat! Aumm~

Kelebihan Aura Hijab :

- Aura Hijab Adalah Gabungan Hampir Semua Bahan Aktif Yang Terbukti Berkesan Untuk Merawat Rambut dan Kegatalan Kulit Kepala.

- Syampu Rawatan Khas Untuk Masalah Kronik Rambut Gugur

- Aura Hijab Dilengkapi Dengan Wangian Perfume Antarabangsa Yang Tahan Hingga 12 Jam Bagi Wanita Berhijab

- Aura Hijab Akan Bertindak Melebatkan Rambut Sepantas 14 Hari.

- Aura Hijab Mampu Menyelesaikan Masalah Rambut Kering dan Kusam Serta Melicinkan Rambut Sepantas Cucian Pertama.


Aura Hijab Berfungsi Untuk :

- Mengawal Rambut Gugur

- Melebatkan Rambut Yang Nipis

- Melicinkan Rambut

- Menghilangkan Kelemumur

- Merawat Kulit Kepala Gatal

- Menghilangkan Bau Rambut

- Mengharumkan Rambut Hingga 12 Jam


Jom lihat testimoni pengguna yang sangat positif dan berpuas hati dengan Aura Hijab!






Testimoni dari Yaya :

Pengalaman Yaya sepanjang menggunakan syampu Aura Hijab ni pula Alhamdulillah memang rambut Yaya serasi dengan syampu ini. Rambut gugur Yaya juga mulai berkurangan dan yang paling penting, kelemumur mudah ditanggalkan dan kulit kepala terasa bersih dan segar. Yaya pula jenis syampu rambut 2 hari sekali melainkan ada aktiviti berat yang buat rambut rasa tak selesa atau gatal baru syampu setiap hari. Tapi yang bestnya, rambut Yaya tetap wangi dan langsung tak gatal pada hari kedua maknanya haruman kekal selama 12 jam tu mungkin akan kekal lebih lama dari 12 jam. Sedap je bau haruman syampu dan leka main rambut sendiri. Bila rambut sentiasa wangi, suami pun sayang. ^^'



So lepas ni jangan lupa dapatkan syampu Aura Hijab yang berharga RM129.90 untuk 400ml ini okay! Sebotol syampu ini boleh bertahan selama sebulan lebih penggunaan  Yang penting syampu ini Halal dan mempunyai lulusan KKM. Korang pasti takkan menyesal dengan segala efek positif dan kebaikan yang korang bakal dapat apabila menggunakan syampu ini.


I love syampu Aura Hijab! < 3


Untuk maklumat lanjut dan pembelian :

Facebook : Aura Hijab HQ
Tel : 017-5444880


CONTEST SYAMPU AURA HIJAB

Nak menang syampu Aura Hijab? Kacang goreng je caranya. Share entri ini di Facebook / Instagram berserta masalah rambut yang korang hadapi dan tag 3 rakan baik yang korang sayang. 3 pemenang akan dipilih untuk memenangi sebotol syampu Aura Hijab yang berharga RM129.90. Contest akan berakhir pada 30 Oktober 2016 dan Yaya akan umumkan pemenangnya pada 31 Oktober 2016. 


Jangan lupa pakai hashtag :

#DHNAuraHijab
#AuraHijab
#RambutGugur
#RawatanPantasRambut

Semoga bertuah! ^_^ 



Terima kasih sudi baca

Oct 20, 2016

Pilihan Fesyen Lelaki dan Wanita Masa Kini


Siapa kat sini peminat fesyen dari jenis tempatan mahupun antarabangsa? Yaya percaya ramai pembaca Yaya kebanyakannya cukup pandai bergaya dan sentiasa peka dengan fesyen terbaru masa kini. Walaupun tidak secara berlebihan, Yaya percaya korang semua mesti ada salah satu koleksi jenama terkemuka seperti di bawah ini kan? Tak kiralah dari jenis pakaian, kasut atau aksesori, kita akan sentiasa tertarik dengan jenama seperti di bawah kerana gaya dan fesyen yang diketengahkan sentiasa mengikut peredaran masa. 


Siapa kata kalau jenama seperti di atas mahal-mahal harganya? Kalau bijak memilih dan membeli, pastilah kita akan menang memakai. Paling suka bila shopping  barangan Vincci yang sangat berpatutan harganya. Yang penting, kena sentiasa alert dengan promosi yang diadakan di kebanyakan website pengiklanan. Nak berfesyen dari hujung kaki ke hujung rambut pun tiada masalah dah lepas ni. Zaman sekarang dengan waktu kerja yang sibuk dan waktu hujung minggu pula untuk kita berehat, kebanyakannya lebih bijak memilih untuk membeli secara online. Betul tak? ;)


Kalau nak tahu, Yaya perasan lama dah. Kadang-kadang saiz, pakaian atau aksesori yang kita mahu itu tiada di certain butik tetapi available di website. Memang tak payah bersusah-payah dah nak keluar menghadap jammed, tol, kos minyak semata-mata untuk membeli persalinan yang korang mahu. Klik klik , add to cart, buat pembayaran dan tadda! Barang belian korang tiba di depan pintu. 


Baik lelaki mahupun wanita zaman sekarang, mereka lebih gemar membuat pembelian secara online dan kebanyakannya lebih murah daripada membeli di butik! Yang ni memang pengalaman Yaya sendiri tau. Masa nak cari barang hantaran untuk perkahwinan, Yaya nak beli jam yang agak berjenama untuk bakal suami ketika itu dan mula membuat survey di butik bersama beliau. Yelah nak beli barang mahal biarlah yang dia betul-betul suka kan? Lepas tengok harga di butik, terus rasa nak tercekik air liur sendiri. Mahainya nak dekat seribu woo! Tapi hati Yaya tekad nak belikan juga jam yang sama untuk suami. Lepas Yaya survey di beberapa website, terus gembira tak terkata sebab ada sale untuk jam itu hampir separuh harga! (dan yang penting original dan terdapat warranty serta bekas yang sama seperti di butik) Apa lagi terus Yaya beli sebelum tempoh diskaun tamat. Hehe, Nak dapatkan diskaun dan lihat fesyen serta aksesori terbaru? Jangan lupa klik SINI 


Bagi Yaya, kebanyakan lelaki lebih menerapkan prinsip, "Biar barang tu mahal, asalkan boleh pakai selalu dan tahan lama". Betul tak perumpamaan ini? ;) Baik dari baju, seluar jeans, jam, dompet dan sebagainya, pihak lelaki lebih memandang kepada keselesaan dan kualiti bagi sesuatu barang. Seperti jenama Levi's , Timberland, Fossil dan lain-lain seperti di atas, kebanyakannya adalah jenama kegemaran bagi lelaki.


Ironinya, pihak lelaki juga tidak suka berlama-lama di shopping complex dan  meredah segala kesesakan untuk membeli barang yang mereka ingini. Jangan tak tahu, zaman sekarang juga lelaki lebih gemar membeli secara online! Contoh terdekat ialah ayah Yaya sendiri. Pandai-pandai dia je beli barangan secara online tanpa tanya kita. Yela kita ni risaukan dia takut kena scam ke apa kan. Tapi rupanya dia beli di website yang memang boleh dipercayai. Malahan dengan harga diskaun pula tu. Bijak ayah saya ;)


Jujurnya, Yaya sendiri seorang pencinta membeli barangan secara online. Selain mudah dan menjimatkan masa, kita akan terasa seperti mendapat hadiah dan surprise  bila nak buka barangan tu hihihi. Boleh kata itu adalah salah satu faktor Yaya membeli secara online.  Korang pula macam mana? Kalau korang berura-ura nak beli barangan secara online, pertama sekali yang korang kena buat ialah semak aktiviti terbaru di SALEDUCK dahulu untuk dapatkan diskaun istimewa yang sentiasa berlegar-legar di sana untuk website membeli-belah yang korang selalu terjah. ;)


Terima kasih sudi baca

Oct 18, 2016

Minimalace | Aira Kebarung Untuk Si Cantik Manis





Hai korang :) Tengah cari baju nak pakai pergi kenduri ke tu? Tak pun nak cari baju sesuai untuk pergi berjumpa mak mertua kali pertama? Haa Yaya tak sabar nak tunjuk kat korang Aira Kebarung yang tersangatlah sopan, cantik dan manis bila dipakai oleh mana-mana wanita pun! ;)


Tapi sebelum tu jom kita jalan-jalan dulu di Butik Minimalace yang kian bertambah cantik dan ekslusif ni. Rasanya ramai dah tahu lokasi butik yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam ni kan? Dekat sangat dengan UiTM Shah Alam kecintaanku. Hahaha. Ok kalau dari KL dan lalu federal highway, turun je simpang nak ke UiTM tu uols terus belok kiri ke Padang Jawa okay! Lepas tu dalam 2-3 minit dah jumpa. Hihi



Cantiknya butik baru mereka! Teruja Yaya tengok tau! Kali terakhir Yaya pergi hiasan dia lain tapi masih ekslusif. Yang baru ni lagi cerah, nampak luas, susun atur yang menarik dan sedap mata memandang. Keep it up Minimalace! So lepas ni, makin seronok la bila datang ke butik. Luas dan selesa!



Tapi yang paling best, ada ruang untuk kanak-kanak bermain. Yela takut mereka boring pula tunggu lama mommy yang rambang mata nak pilih kan. Mana taknya semua baju cantik-cantik haruslah pilih dan teliti betul-betul. Hihi. Apa-apapun ini adalah satu keunikan yang kini berada di butik Minimalace. Yaya pulak rasa nak join sekali main kat sini. Eh :p


Jom Yaya kenalkan korang dengan persalinan kebarung yang kini mula menjadi trend dan pilihan wanita dari semua usia. Yang penting, boleh pakai lama tau! Aira Kebarung dari Minimalace ini mempunyai cutting yang cantik, longgar tetapi nampak kemas serta terletak elok di badan si pemakai. Ini membuatkan bakal mak mertua pun sejuk je hati tengok kita sebab memang nampak sopan dan manis sangat. Tak percaya trylah. Hee


 Nak dapatkan harga promosi? Scroll sehingga habis tau! ;) Selain itu, dengan setiap pembelian Aira Kebarung, korang akan mendapat 2 dokoh ekslusif daripada Minimalace secara percuma! (limited pieces only). 


Aira Kebarung Greenish


Aira Kebarung Turqoise


Aira Kebarung Silver Grey


Aira Kebarung Maroon


Aira Kebarung Cream


Aira Kebarung Purple


Aira Kebarung Blue


Aira Kebarung Dusty Purple


Ini adalah size dan measurement untuk rujukan korang. Senang kan? Size petite iaitu XS untuk mereka yang bertubuh badan kecil pun ada. Menariknya, Aira Kebarung ini juga boleh disesuaikan dengan pemakaian seluar tau. Memang nampak cantik dan ranggi tapi tetap sopan. Hee. Lepas ni boleh bagitahu kawan-kawan kot mana-mana yang cari persalinan bridesmaid ke untuk majlis pertunangan ke dan lain-lain, Yaya sangat recommend kepada korang untuk cuba cipta kelainan dengan memakai Aira Kebarung pula di majlis bahagia. Serius cantik sangat! :D 


Jangan lupa gunakan kod istimewa iaitu "blogger" untuk mendapatkan Kebarung Aira dengan harga promosi iaitu RM150 sahaja! Woww jimat RM20 dari harga asal iaitu RM170. Best tersangattttt~~


Untuk maklumat lanjut :

Alamat : No. 33A & 35A, Jalan Plumbum P/7P, Shah Alam, Selangor.
Facebook : MinimaLace (ML)
Instagram : @minimalace
Waktu Operasi : Selasa - Ahad (11am - 7.00pm)
Tutup pada hari Isnin 



Terima kasih sudi baca

Oct 12, 2016

Pelancaran EyePCL yang Pertama di Malaysia | OPTIMAX Eye Specialist Shah Alam



Pada 8 Oktober 2016 lalu, Yaya berkesempatan menghadiri majlis pelancaran EyePCL yang pertama di Malaysia yang berlangsung di OPTIMAX Eye Specialist Shah Alam. Majlis yang sederhana tetapi meriah ini bermula seawal 10 pagi dengan ketibaan para tetamu. Yaya hadir bersama dengan BFF Yaya, Echa (dia tolong drive untuk Yaya sebab Yaya tak boleh pakai spec atau contact lens demi untuk mempersiapkan keadaan mata Yaya untuk Eye Examination hihi). Memang meriah bila nampak kelibat belon berwarna biru dan maskot yang sangat comel! Excited kita tengok dari jauh! Hehe


Tadaa! Selfie dulu dengan maskot OPTIMAX yang comel ni! :p

Kalau nak tahu, senang sangat nak cari OPTIMAX Eye Specialist Shah Alam ni. Memang strategik sungguh kawasannya dan senang nampak. Lagi senang, korang guna je Waze. Terus sampai depan bangunan. Kalau dari Cheras dalam 28minit je ikut laluan Federal Highway ;)


Sementara menunggu majlis bermula, Yaya tertarik dengan maklumat yang diletakkan di sekeliling khemah. Sambil menunggu, kita boleh membaca tentang info, pengenalan dan servis yang ditawarkan di OPTIMAX Eye Specialist Shah Alam.


Pengenalan Optimax Eye Specialist Sdn Bhd

Optimax Eye Specialist Centre Sdn Bhd adalah perintis terulung di Malaysia yang di iktiraf dalam industri penjagaan mata serta pembedahan laser refraktif. Sejak tahun 1995, Optimax telah merawat lebih 100,000 pesakit yang ingin mempunyai kebebasan visual atau melihat tanpa memakai kaca mata. Optimax juga mempunyai rangkaian yang sangat luas di bawah satu bumbung seperti Surface Advance Ablation (ASA), disesuaikan Femto-LASIK, Relex SMILE, Diimplan Phakic Contact Lens (EyePCL), Biasan Lens Extraction (RLE), Ortho-k dan RGP.

Oleh kerana sentiasa konsisten dan memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, Optimax kini menjadi Pusat Pakar Mata yang terunggul selepas dianugerahkan ISO 9001:2008 Certificate for Refractive Surgery in July 2008. Optimax adalah Pusat Pakar Mata yang pertama menjalankan Clinical Performance Audit by an independent auditor (HPMRS). Ini mengukuhkan lagi komitmen mereka untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi untuk semua. Akhir sekali, Pakar Bedah Optimax juga telah diaudit dan mencapai keputusan 99% dalam ketajaman fungsi penglihatan dan 100% dalam keselamatan.

Didorong oleh komitmen untuk menyampaikan perkhidmatan di seluruh negara, Optimax Eye Specialist Centre Sdn Bhd kini telah berkembang baik di Malaysia dalam tempoh hanya beberapa tahun. Optimax mempunyai rangkaian terbesar di Malaysia dengan meliputi bandar yang paling utama dengan hampir 100 kakitangan di Malaysia. Optimax juga mempunyai pasukan yang berdedikasi terdiri daripada doktor, optometris, perunding visual dan jururawat di 9 cawangan seluruh Malaysia. Selain berkemahiran tinggi, mereka juga dilatih dengan pengalaman bertahun-tahun dan komited untuk menyampaikan standard yang paling tinggi untuk penjagaan mata pesakit mereka.


Pengenalan Excimed Sdn Bhd

Excimed Sdn Bhd adalah pembekal khusus untuk produk penyelesaian yang berinovatif untuk diagnostik dan teknologi pembedahan untuk rawatan ophthalmology di Malaysia. Dengan pengalaman secara kompleks menggunakan kaedah ophthalmology selama bertahun-tahun, Excimed telah mempunyai rangkaian yang luas, pengetahuan yang tinggi dan kepakaran yang teknikal dari pengasasnya.

Excimed cemerlang dalam menongkah arus teknologi dan mencari penyelesaian yang tidak terdapat sebelum ini. Sama ada dalam bidang pemeriksaan, diagnosis atau pembedahan, Excimed mempunyai hasrat yang mendalam untuk menyumbang kepada objektif tertinggi ophthalmology iaitu menyelamatkan dan memulihkan penglihatan.


Jom baca mengenai servis top terbaharu yang ditawarkan di OPTIMAX Eye Specialist Shah Alam selain daripada rawatan lasik.

Pengenalan EyePCL

The Implantable Phakic Contact Lens yang lebih dikenali sebagai EyePCL adalah sekeping kanta lembut yang diletakkan di dalam ruang mata yang mana ianya berfungsi untuk memberikan penglihatan yang jelas buat mereka yang mempunyai masalah rabun mata. EyePCL langsung tidak mengubah keadaan dan fisiologi mata si pemakai malahan memberikan keselesaan yang maksima selepas beberapa hari pemakaian. EyePCL adalah seperti kanta sentuh lembut, yang boleh dimasukkan ke dalam mata melalui sub 2.8mm untuk membetulkan penglihatan mata. Mampu menangani masalah mereka yang rabun sehingga +15D to -30D with cyl up to 8D, ianya di perbuat daripada bahan akrilik Hibrid untuk memastikan prestasi penglihatan sentiasa di tahap yang terbaik dalam jangka panjang. 

EyePCL akan diimplan di dalam mata iaitu di antara Iris dan kanta semula jadi. Ianya juga boleh dimasukkan ke dalam mata melalui sub 2,8 mm bagi membetulkan sfera, silinder atau masalah mata yang lain di dalam sistem optik mata. Apabila ia ditanam ke dalam mata, EyePCL akan kekal selama-lamanya tanpa memberi kesan negatif kepada si pemakai. EyePCL juga boleh dikeluarkan atau diganti dengan EyePCL yang lain jika penglihatan si pemakai berubah dalam suatu tempoh masa. Contohnya, power si pemakai makin bertambah dan hendak diganti dengan lensa yang baru.

Lensa yang digunakan juga akan disesuaikan mengikut bentuk dan saiz setiap mata. Tidak perlu menunggu lama, lensa si pemakai akan siap dalam tempoh 2-3 minggu dari tarikh tempahan. Menariknya, proses mengimplan EyePCL kedalam mata ini tidak mengambil masa lebih dari 15 minit. Memang terbaik! 


Breakdown / Kejayaan disebalik Teknologi EyePCL

-EYEPCL adalah seperti kanta sentuh lembut, yang menggunakan posterior chamber phakic IOL, yang boleh dimasukkan ke dalam mata melalui sub 2.8mm.

-Diperbuat dari Reinforced Hybrid Acrylic Material untuk memastikan prestasi jangka masa panjang.

-Keluasan power range dari + 15D to -30D with cyl up to 8D

-Setiap kanta lensa disesuaikan mengikut bentuk dan saiz setiap mata pesakit

-Phakic IOL yang digunakan mempunyai banyak kelebihan termasuk pembetulan keluasan Myopia, Hypermetropia, Astigmatism dan Presbyopia di dalam mata.

-Menggunakan bahan yang selamat dan Halal.

-Dijamin tidak mempunyai komplikasi yang berbahaya dan lensa boleh dibuang pada bila-bila masa mengikut kemahuan si pemakai.

Menarik kan?

Lepas ni tak payah susah-susah pakai spec atau contact lens . Dengan teknologi EyePCL, si pemakai akan merasai penglihatan yang menakjubkan seperti memakai dua alat tersebut! Jom kumpul duit dari sekarang! Hihihi


Disekitar Majlis Pelancaran EyePCL yang bertempat di OPTIMAX Eye Specialist Shah Alam


Ucapan dari Dr Nor Zainura Zainal dari OPTIMAX


Ucapan dari Mr. Wolfgang Bloss dari ExciMed


Sesi soal jawab dan perkongsian dari pesakit yang telah menggunakan teknologi EyePCL. Kini beliau tidak lagi berkaca mata dan bebas melakukan aktiviti lasak yang beliau cintai. Tahniah awak! :D


Majlis pelancaran yang meriah ketika di OPTIMAX Eye Specialist Shah Alam


Bersama orang kuat dan kakitangan OPTIMAX 


Jom jalan-jalan di bangunan OPTIMAX Eye Specialist Shah Alam. 





Terdapat bahan bacaan yang disediakan sementara menanti keterangan dari pakar mata anda.



Yaya dah bersedia untuk membuat pemeriksaan mata. Wehuu!


Ini adalah Encik Izwan yang merupakan pegawai optometrist yang akan memeriksa keadaan mata Yaya. Beliau memang peramah dan sentiasa menjawab soalan Yaya dengan tenang dan lancar. Terbaik! Hehe


Ini adalah bilik pertama untuk pemeriksaan mata. Seperti biasa, pemeriksaan ini diambil untuk menguji sejauh mata ketajaman mata pesakit. 


Sama juga dengan alat pemeriksaan mata yang seterusnya, Yaya cuma ikut je arahan Encik Izwan bagi memudahkan beliau melakukan ujian kepada mata Yaya. Hee



Masa ini mata Yaya dititiskan dengan tiga jenis cecair yang berlainan. Cecair ini berfungsi untuk memberikan gambaran jelas terhadap mata Yaya untuk pemeriksaan yang seterusnya. Sementara menunggu cecair itu meresap sepenuhnya kedalam mata, Yaya harus menunggu selama beberapa minit.


Inilah mesin yang terakhir yang memberi gambaran jelas tentang keadaan mata Yaya yang sebenar. Silau dia jangan kata. Tapi kena tahan sebab kita nak dapatkan keputusan yang tepat untuk mata kita. Uzu pun ada masa ni. Menjerit dia tahan silau. Hihi

Ini adalah keputusan akhir bagi keadaan mata Yaya. Risau juga bila power semakin bertambah ni. Lepas tu Yaya di beritahu terdapat sedikit pendarahan di dalam mata Yaya tetapi ianya tidak mengganggu penglihatan. Yaya yang risau, terus stop kejap pemakaian contact lens. Hahaha! Apa-apapun, Yaya sarankan kepada korang semua untuk buat Eye Examination Test ni sebab ia akan berikan keputusan yang tepat! Lepas tu boleh decide untuk sentiasa menjaga kesihatan mata okay? Lagi best kalau dapat buat lasik atau EyePCL. Fuhh!


Bersama orang kuat dan kakitangan OPTIMAX yang sporting! ^_^



Untuk maklumat lanjut :

Email: shahalam@OPTIMAX.com.my
Tel: +603-5510 2535
Fax: +603-5512 0092 

Address:
50G & 52G, Blok 3, 
Jalan Pahat G15/G,
Dataran Otomobil, Seksyen 15,
40200 Shah Alam, Selangor.

Waktu Berkerja:
9.00am - 6.00pm
Selasa hingga Sabtu




Terima kasih sudi baca