May 30, 2016

Jameela Street | Himpunan Vendor Eksklusif di SACC Mall Shah Alam



Hai korang! Haritu Yaya sempat berjalan-jalan di SACC Mall lepas balik kerja fuhh meriah sungguh lahai SACC Mall sekarang. Banyak kedai-kedai menarik yang dibuka tapi yang paling menarik ialah Jameela Street di SACC Mall :D

Selain menghimpunkan pelbagai jenama ekslusif, Jameela Street juga berfungsi sebagai satu daya penarik di SACC Mall. Mana taknya, sepanjang laluan di tingkat 2 dan 3, mata pengunjung akan dijamu dengan pelbagai busana masyaAllah cantik sungguh! Yang lagi best, mereka kini mengadakan promosi dari 10% sehingga 50%. Memang hebakkk!


SACC Mall yang sudah dihias cantik sempena menyambut kedatangan Ramadhan yang mulia.


Dah tu tengok saja? Meh la jemput datang ke Jameela Street. Suka dengan nama Jameela ni. Dalam bahasa arab Jamilah/Jameela bermaksud kecantikan. Sesuai sangat dengan manusia yang sukakan kecantikan dan berhias cantik. Di Jameela Street, kesemua koleksi dari vendor berkumpul di bawah satu bumbung bagi memudahkan pelanggan untuk meneliti koleksi mereka secara dekat. :)


Jom kita tengok sedikit sebanyak gambar booth dan koleksi dari vendor yang sempat Yaya rakamkan ketika disana. Rambang mata toksah kata aih. ^_^







Cantiknya kebaya ni! 





Nak cari baju kurung, baju kebaya, kurung moden, baju melayu, kaftan, songkok, songket, sutera, aksesori, selendang, tudung, shawl, baju sepasang ibu dan anak dan macam-macam lagi? Jangan lupa datang SACC Mall Shah Alam okay!


Sempat juga Yaya berkenalan dan beramah mesra dengan pemilik butik Jemari Aida. Baik je founder Jemari Aida iaitu Puan Aida melayan kita ni. So kita bagi extra credit dalam blog ye. Hihi. Butik beliau berkonsepkan busana muslimah dan pelbagai aksesori pilihan yang menarik untuk digayakan oleh wanita masa kini.


Bersama founder Jemari Aida, Puan Aida.


Antara koleksi aksesori di bawah jenama beliau dan kebanyakannya adalah hand-made tau :D


Paling menarik perhatian ialah duit syiling yang diolah menjadi perhiasan. Ini duit syiling betul tau! Memang rare sungguh :D


Thank you Puan Aida bagi kita cenderahati. Hihi. Boleh contact nombor, FB dan IG tertera ya!


Sempena Pembukaan Jameela Street Vendor di SACC Mall Shah Alam, terdapat peraduan bagi "Pencarian Wajah Jameela" yang akan bermula pada 4 Jun 2016 di mana hadiah utama keseluruhan bernilai RM10,000 dan pemenang juga akan memenangi pakej percutian ke Krabi, Thailand. Sambil-sambil shopping, sambil-sambil cuba nasib kan. Mana tahu andalah wajah Jameela yang mereka cari! :D


Jangan lupa join tau! Sentiasa ikuti perkembangan Jameela Street di IG @jameelastreet okay!

Selain itu, pada 16 Jun 2016 nanti akan diadakan Majlis Iftar Jameela Street yang juga akan bertempat di SACC Mall, Shah Alam. Majlis ini akan dihadiri oleh media, selebritti dan juga anak-anak yatim. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan nanti. Jemput datang ya!


Maklumat lanjut mengenai Jameela Street :

Instagram : @jameelastreet




Terima kasih sudi baca 

1 comment:

  1. tengok gambar pun, dah tertarik dengan baju2 dia..kalau tengok depan2, mau rambang mata pilih ni..

    ReplyDelete