Oct 15, 2015

Hotel Murah, Cantik dan Selesa di Melaka | RamaRama Hotel

Assalamualaikum semua 

Haritu ada yang pm Yaya dan tanya mengenai RamaRama Hotel yang Yaya pergi masa jalan-jalan ke Melaka tempoh hari. Memang Yaya suggest kat dia cukup-cukup untuk datang kesini. Mana taknya, dah la murah, cantik, selesa, wifi laju gila pulak tu! Haa teruja la tuh bagitahu wifi laju. Macam dapat nyawa kan bila pergi ke hotel yang ada wifi laju. Haha :p


Excited teghuk bila touchdown depan RamaRama Hotel ni. Dari luar je dah tersergam kecomelan dia. Memang comel sangat.


Meet my roomate, mekonie.com :>

Bagi Yaya, ini kali pertama Yaya menginap di hotel yang berkonsepkan industrial. Unik gila reka bentuk hotel ini yang kebanyakannya berasaskan kayu pallet, batu bata, paip, besi dan sebagainya. Hiasan dinding pula hasil seni yang sangat vintage gitu. Senang cerita bagi Yaya, Yaya panggil hotel hispter je. Hihi. Memang style dan idea sepenuhnya dari pemilik hotel ini sendiri! 



BIlik Superior ini cuma berharga RM110/ per night. Boleh memuatkan sebuah keluarga dari 4 ke 5 orang. Nak buat persinggahan bercuti bersama kawan-kawan pun elok sangatlah dapat bilik yang besar dan selesa ni. Murah pulak tu. Memang berbaloi!



Bilik air pun besar dan selesa untuk bilik superior ni. Boleh mandikan anak-anak sekaligus. Haha. Pemanas air, tuala, sabun dan syampu juga disediakan untuk pengunjung yang menginap di hotel ini.


Ini pula bilik Yaya dan Mek onie. Sangat comel dan selesa. Sesuai untuk backpackers. Cuma ruang solat agak terhad dan muat-muat untuk solat berpandukan arah kiblat yang disediakan so kena jaga kebersihan bilik dan letak kasut elok-elok supaya tak terpijak sana sini. Hehe


Katil yang bersih, lembut dan empuk. Dan yang bestnya, ada suis seorang satu. Tak adalah berebut nak charge phone uols. Hee



Sangat selesa dan berpatutan untuk pelanggan hotel dengan bajet yang murah. 





Uniknya, ada dorm disediakan untuk mereka yang datang secara berkumpulan seramai 7-8 orang. Bagi Yaya memang best la bilik ni. Katil dua tingkat yang diperbuat daripada kayu dan mempunyai langsir jika nak privasi masa tidur. Sesuai sangat untuk bujang-bujang yang bercuti bersama kawan-kawan. Boleh bergosip tentang masa depan sebelum tidur. Hehe



Di ruang lobi juga terdapat pelbagai permainan untuk pengunjung. Ada Jenga, Uno, Chess dan lain-lain. Memang best la okay. Riuh rendah je bergelak ketawa sambil menguji kemahiran berfikir masing-masing.



Terdapat cafe untuk korang chillax. Sarapan pagi tidak disediakan secara khusus tetapi boleh layan diri dengan makanan ringan yang disediakan. Tetapi kebanyakan pengunjung pagi-pagi dah check out pergi terjah tempat dan makanan yang menarik di Melaka. Lepas tu depan belakang semua ada restoran untuk memudahkan pengunjung. Hee





Antara bilik yang ada di RamaRama Hotel. Harga memang sangat berpatutan la toksah cerita! :p






Bagi Yaya? Sangat recommended untuk uols yang mencari hotel dengan bajet yang rendah tetapi selesa dan ada wifi laju! Muehehe. Jangan lupa singgah bila melawat ke Melaka nanti! ^_^


Untuk maklumat lanjut :

Website :

Facebook :

Instagram:


Alamat:
No.15, Jalan Lagenda 3,
Taman 1 Lagenda,
Melaka.


No.Tel:
06-288 0022


Email:
inquiry@ramaramahotel.com




Terima kasih sudi baca 

7 comments:

  1. Cantik hotelnyaaa. Wahhhhhh.

    ReplyDelete
  2. tomei angat hotel ni yaya...suka tgk simple dan besar ruang legar dia

    ReplyDelete
  3. terima kasih sesgt sudi dtg yer..hehehehe..nnti dtg lah lgi :)

    ReplyDelete
  4. Gula2 manis8:34 PM

    Ada served iron tak hotel ni?

    ReplyDelete
  5. cantik hotel ni.. tapi baru jer cek online nak boking, penuh....huwaaaa

    ReplyDelete