Oct 13, 2015

Api Api Steamboat & Grill : The Best Steamboat in Malacca

Assalamualaikum semua 



Amboi hakak terspeaking pulak kat tajuk entri ni ye. Dengan harapan kalau omputih masukkan keywords tu kat Google, boleh la hakak Yaya korang ni tumpang sekaki dalam list tu. Kikiki. To be honest, memang Steamboat paling sedap kat Melaka ialah Api Api Steamboat & Grill ye adik-adik. Perkara ini diakui sendiri oleh pelajar sekitar yang menuntut ilmu di Melaka Bandaraya Bersejarah itu. Sudahlah sedap, harga pula berpatutan. Memang molek sangat kalau korang yang duduk Melaka atau berjalan kat area Aeon Bandar Melaka tu, singgah makan kat sini. Tengah hari dah buka dah no problem.



Suasana waktu siang. Masa ni pagi lagi hehuu suka tengok pemandangan kemas dan tersusun kat sini. Belum makan tapi selera dah naik. Gituhh. Dibuka seawal 12 tengah hari sehinggalah 12 malam. Ceritanya kat sini tak kira tengah hari petang dan paling meriah waktu malam, memang sentiasa ramai orang. 


Kalau nak datang secara berkumpulan atau beramai ramai, better booking dulu okay. Jangan risau owner dia serius baik gila. Baik, kacak dan sangat merendah diri. Kalau ingat Yaya review Billionaires Concept Cuisine sebelum ni, haa cafe hipster tu pun pemilik yang sama tau. Berinspirasi betul. Muda lagi tapi mempunyai pencapaian yang sangat membanggakan. 



Hidangan tengah hari yang disediakan di Restoran Api Api 



Pilihan Jalan-Jalan Cari Makan tau memang terbaik.



Inilah syurgaaaa~ *my first impression bila tengok seafood. Tapi jangan membazir tau. Nanti kena denda padan muka. Maka dengan itu, ambillah sikit-sikit jangan risau mereka akan sentiasa topup. ;)



Suka sangat tengok pinggan mangkuk tersusun macam ni. So boleh bayangkan betapa meriahnya bila waktu puncak? Hee. Terdapat pelbagai menu makan tengah hari yang disediakan disini. Baru tik tok pukul 12 tengah hari, dah ramai yang mula datang memenuhi ruangan restoran.


Menariknya, setiap hari ada tema tertentu tau. Kreatif sangat. Setiap tema ada promosi potongan harga. Contoh hari rabu, Ladies Night so semua ladies hanya perlu bayar RM22.99 sahaja dan makanlah sampai lebam! Haha best gilaa. Bagi Yaya, memang kreatif cara pemasaran di Api Api Steamboat & Grill ni. 


Lepas tu kan nak bagitahu ni, kuah tomyam dia sedap gila! Kawww sungguh! Berpeluh makan tapi puas hati! Letak cendawan, sayur, bebola fuhh memang layan! Tapi Yaya paling suka sebab ada Grill! Sesungguhnya Yaya memang peminat tegar makanan Grill. Sedap wohh!


Yang dalam gambar ni semua Yaya yang susun dulu makanan ni. Haha sedap gilaa la aduhai buat lapar balik bila buat entri ni. Mmm sedapnyaaaaaa~~~berapa kali sedap pun tatawu tapi memang kenalah dengan citarasa Yaya. In sya Allah nak datang bawa family Yaya nanti dan akan suggest habis habisan kat sedara Yaya yang kebanyakannya menetap di Melaka. Hihi


Awak sedap, awak sedap dan awak semua sedap.


*telan air liur

Salah satu keistimewaan di Api Api Steamboat & Grill, mereka juga mengutamakan keselamatan pelanggan. Ada pekerja yang akan membantu sekiranya korang tak tahu pulas api tu. Haha mengada sangat nak minta perhatian kan. Tong yang membekalkan gas juga dibalut dengan kemas sekali.


Senarai harga promosi mengikut hari seperti yang diberikan. Harga untuk weekdays ialah RM24.99 untuk dewasa. Harga untuk kanak-kanak pula cuma berharga RM9.99 . Berbaloi sangat makan kat sini. Puas hati. Siapa belum cuba sila cuba. Yaya paksa ni. Haha


Waze sahaja Api Api Steamboat And Grill confirm korang tak sesat! Hehe


Antara geng blogger yang turut sama menggegarkan perut mereka di Api Api Steamboat & Grill, Melaka ialah Mek Onie, Kaio, Mohd rasul dan juga Halim. Bergelak jelah dengan lawak inesen Kaio tu. Haha. Memang enjoy!


Untuk maklumat lanjut :

No tel :
013 3040500

Website :

Facebook :

Alamat:
Api-Api Steamboat & Grill 
No.8, Jalan Lagenda 6,
Taman 1 Lagenda,
Melaka Tengah,75400 Melaka.



Terima kasih sudi baca 

7 comments:

  1. Nasib baik jauh. Kalau tak esok hakak ajak suami pegi. Huuuu. Lama tak ber steam boat.

    ReplyDelete
  2. Not bad la api2 ni..cik dila 2x p..tp d'manggis tetap d ati..hihi

    ReplyDelete
  3. Huishhhh sedapnyaaaa kak yaya.. nanti boleh try, craving steamboat dahhh

    ReplyDelete
  4. macam best je review port ternak lemak kali nih..hehehhehehehehhee.......

    ReplyDelete
  5. Buat tekak terliur aje....terasa laparlah pulak..

    ReplyDelete
  6. waaaaa bestnye...akn dimasukkan dlm list wajib cuba hihihi..

    ReplyDelete
  7. Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@my.zalora.com jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!

    ReplyDelete