Jun 26, 2015

Temubual media bersama Dato' Tony Looi Chee Hong - Usahawan Berjaya

Assalamualaikum semua 



Tempoh hari Yaya selaku media blogger berkesempatan menemubual Dato' Tony Looi Chee Hong  yang merupakan antara usahawan yang berjaya di Malaysia.

Untuk pengetahuan, Dato' Tony mengendalikan rangkaian syarikat yang terlibat dalam pelbagai sektor seperti pembinaan, pengiklanan media, pendidikan, penerbitan, perabot, jentera, logistik, fotografi perkakasan dan makanan dan minuman. Beliau juga pernah terlibat dalam projek besar seperti KLCC dan juga KLIA.


Para media diberi peluang menonton video perjalanan syarikat dan temubual kisah perjalanan hidup Dato' Tony. Sesungguhnya kisah beliau sangat membuka mata Yaya dan bagus untuk dijadikan pedoman bagi remaja di luar sana. 


Beliau cuma bersekolah setakat di tingkatan 2 dan akhirnya berhenti sekolah kerana tidak berminat dengan pembelajaran di sekolah selain pengaruh tidak baik dari rakan sebaya. Beliau pernah lari dari rumah atas desakan hidup yang susah dan juga keluarga yang berpecah belah. Beliau pernah bekerja di pasar dan mengambil upah dengan mengambil dan menghantar buah kepada penjual di kawasan Lembah Klang. Ayah beliau mempunyai syarikat kecil tetapi hampir bankrap kerana kegawatan ekonomi. Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk membantu perniagaan ayah beliau seawal usia belasan tahun.



Akhirnya beliau bangkit dari segala susah payah dan terus bersemangat untuk memajukan diri. Apabila sudah mengenal selok belok perniagaan, beliau mengambil peluang melanjutkan pelajaran dan bertungkus lumus menamatkan MBA dalam masa setahun. Ketika itu, satu demi satu kejayaan mula memberi sinar kepada Dato' Tony.



Dibawah kepimpinan Dato' Tony, beliau telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan. Antaranya ialah, Brand Laureate SMEs Best Brands Signature Awards for "Best Brands in Engineering and Construction", Global Leadership Awards 2013 - Engineering Sector, 21st Century The Prestigious Brand - Prestigious Entrepreneur Award, Asia Pacific Entrepreneur Awards 2012 and the Golden Bull Award 2012.







Bagi Dato' Tony, "Kejayaan merupakan sesuatu yang dinamakan sikap positif," katanya. Selain sikap positif, sifat-sifat positif dari dalam diri setiap individu juga adalah amat penting. Beliau berkata, "Saya percaya sifat-sifat positif seperti kerja keras, keikhlasan, integriti, inovasi, kreativiti dan ketekunan adalah antara elemen penting dalam kejayaan."


Beliau menambah, "Keinginan adalah juga elemen penting untuk kejayaan. Masalah bagi kebanyakan orang adalah bahawa mereka tidak mempunyai keinginan yang membara dan ketekunan untuk merealisasikan keupayaan dan impian mereka kerana mereka merasakan ia adalah lebih mudah untuk hanya menjadi setara dengan orang lain." Ini adalah motivasi beliau untuk mempunyai semangat yang kuat, keazaman dan keyakinan untuk mencapai kejayaan.


Sememangnya kejayaan Dato' Tony telah memberi inspirasi kepada usahawan diluar sana untuk terus gigih berusaha dan sentiasa cekal menempuh onak dan duri. Jangan berhenti selagi belum mengecap kejayaan. Yaya sangat kagumi keperibadian Dato' Tony yang baik dan merendah diri. Sifat positif beliau sangat ketara dan amat disegani.


Antara soalan yang Yaya ajukan kepada Dato' Tony ialah :

"What would you say are top three skills needed to be a successful entrepreneur?"

Semudah ABC, laju Dato' mengatakan, ia merupakan "Attitude, Continuous Learning and Action."

Bagi Yaya, jawapan beliau sungguh tepat, padat dan boleh diaplikasikan kepada semua bakal usahawan tidak mengira kaum. :)



Sidang media di syarikat beliau.



Sesi beramah mesra bersama media.


Comel kan? Hihi




Terima kasih Dato' Tony Looi Chee Hong atas kesudian meluangkan masa untuk ditemubual oleh Yaya dan rakan media yang lain.  ^_^


Boleh lawati Website Dato' Tony di 



Terima kasih sudi baca 

2 comments:

  1. HYEEE...AKHIRNYA ! DAPAT JUGA BLOGWALKING..SYIRALOKMAN CUTI SEM :D JOM KE BLOG ..BANYAK GIVEAWAY AND CERITA NAK KONGSI :D

    ReplyDelete
  2. sangat memberi inspirasi..tq yaya sebab sudi share.. :)

    ReplyDelete