May 10, 2015

Aspire 500 Conference & Graduan Aspire 2015 Career and Postgraduate Fair

Assalamualaikum semua 

Hai. Saya sungguh excited ketika ini. Rujuk entri lepas. SINI

Seperti sedia maklum, pada 9hb Mei 2015 lepas yaya telah menghadiri Opening Ceremony dan Aspire 500 conference di Kuala Lumpur Convention Centre. Graduan Aspire 2015 Career & Postgraduate Fair ini diadakan selama dua hari berturut-turut pada 9hb dan 10hb Mei 2015. Pukul 8.45 pagi lagi yaya dah selamat tiba dan bersemangat nak datang ke KLCC sebab kita tahu majlis ilmu macam ni memang bagus untuk memantapkan lagi self development. Hehe


Antara orang terawal yang hadir.


Dan sekelip mata, hadirin yang terdiri daripada 500 graduan dari pelbagai universiti dan exhibitors mula memenuhi dewan. Memang excited boh! 



Majlis dirasmikan oleh YB Tuan P Kamalanathan P Panchanathan, Deputy Minister of Education yang disampaikan oleh Puan Elia.


Ucapan yang sangat memberansangkan dari YB. Sebelum ni yaya pernah mendengar ucapan YB yang sangat friendly semasa beliau merasmikan kamus Oxford edisi terbaru. Jadi yaya senyum je masa dia berucap. Sebab YB memang best dan merendah diri. Hee


Selepas time break selama 5 minit, majlis diteruskan dengan sesi Aspire 500 Conference yang diterajui oleh Dato' Georg Fischer (CEO Tesco) , Datuk Johan Idris (Managing Partner of KPMG Malaysia), Johan Mahmood Merican (CEO of Talent Corporation Malaysia), Lai Tak Ming (Director of Group HR and Admin at Gamida) and Abbas Saad (Sports Presenter). Masa ni memang yaya seronok dan tekun dengar talk yang disampaikan. Mana taknya, pengacara sangat kelakar dan pandai menarik hati para CEO yang berjaya ni selesa dengan temubual dihadapan ratusan tetamu. Hee


Pendekatan sesi temubual ini sangat santai dan berilmiah. Para tetamu diberi peluang untuk bertanyakan soalan kepada jemputan dan mereka akan menjawabnya dengan mesra dan tepat. Kebanyakan soalan yang diajukan juga meliputi pertanyaan mengenai tips untuk graduan yang akan melangkah ke dunia pekerjaan. Keseluruhannya, memang best.


Ayuh ke exhibition pula dan mencari peluang kerjaya! ^_^


Sebelum masuk, tetamu diminta untuk mendaftar di kaunter dahulu. Yaya dah daftar awal di http://www.graduan.com/aspire tempoh hari. Hehe


Memang ramai orang walaupun masih awal pagi. Nampaknya semua bersemangat nak terjah booth yang disediakan. Hee





Bagi yaya, ini merupakan salah satu platform yang bagus untuk bakal graduan, para graduan dan mereka yang mahu membuat post graduate untuk mengintai peluang dan merangka masa depan mereka. 


Memang meriahnya lahai. Yang bestnya juga, boleh dapat gift kalau bernasib baik dan rajin beramah mesra dengan pekerja yang bertugas di booth masing masing. Hee 




Bersama rakan blogger yang turut hadir, Uzu cayang. :*


Pada hemat yaya, Graduan Aspire 2015 Career & Postgraduate Fair telah berjaya menarik hampir ribuan tetamu yang hadir dan berjaya melabuhkan tirainya dengan penuh bergaya. Terima kasih kepada pihak penganjur yang bertungkus lumus melaksanakan ia dengan jayanya kerana ia secara tidak langsung membuka mata para graduan yang mungkin berpotensi untuk diguna pakai khidmatnya dalam bidang tertentu. Semoga program ini akan diteruskan setiap tahun dan yaya yakin ia akan mendapat sokongan penuh dari semua pihak. ^_^


Untuk maklumat lanjut, layari http://www.graduan.com/

Terima kasih sudi baca 

No comments:

Post a Comment